HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » filem predators tidak memuaskan ?

filem predators tidak memuaskan ?

 
 
Tajuk filem: Predators
Pengarah: Nimrod Antal
Pelakon: Adrien Brody, Laurence Fishburne, Topher Grace, Alice Braga, Danny Trejo, Walton Goggins, Oleg Taktarov dan Mahershalalhashbaz Ali, Louis Ozawa dan Changchien
Klasifikasi: 13 PG
Mula Tayangan: 8 JULAI 2010


Sekali Imbas
Mengisahkan sekumpulan manusia yang terdiri daripada askar, banduan dan doktor dijatuhkan ke sebuah planet asing untuk menghapuskan mahkluk yang bergelar predators. Namun demikian, pada awalnya mereka tidak mengetahui apakah tujuan ke sana sehinggalah bertemu sendiri dengan pemangsa ganas itu.

CATATAN AKU :
Sekuel predator ternyata mampu menarik minat ramai penonton untuk memenuhi panggung seluruh dunia. Ia kerana watak pemangsa atau predator ini boleh dikatakan rekaan ikon jahat yang paling berjaya di Hollywood. Apatah lagi filem pertamanya, Predator (1987) suatu ketika dulu pernah dipopularkan oleh hero terkenal Arnold Schwarzenegger. Mungkin juga disebabkan Arnold lah jenama Predator sehingga kini digemari ramai penonton.

Predator 2 (1990) lakonan Danny Glover (berperang dibandar) bagaimanapun ternyata kurang diingati. Begitu juga, dalam gabungan dengan makhluk Alien iaitu Alien vs. Predator (2004) dan Aliens vs. Predator: Requiem (2007), ia tidaklah memberi kesan yang mendalam kepada penonton.

Bagaimanapun sekuel ini muncul sekali lagi dengan tajuk Predators. Penantian selama 20 tahun untuk menyaksikan watak predator beraksi bersendirian ternyata dinanti-nantikan seluruh peminatnya. Namun semua nampaknya tidak berbaloi. Predators 2010 membosankan!
Dengan jalan cerita yang kurang menarik dan kurang jelas, ditambah pula dengan watak-watak yang kurang menyerlah, ia membuatkan ramai penonton menggelengkan kepala.

Kisahnya bermula dengan sekumpulan 9 pemuda daripada pelbagai latarbelakang termasuklah banduan, askar dan doktor dijatuhkan dari atas kapal terbang ke sebuah planet yang asing. Mereka pada awalnya tidak megenali satu sama lain dan tidak mengetahui apakah tujuan ke situ. Ada diantara mereka bertumbuk sesama sendiri kerana meganggap lawannya itu adalah musuh.

Tidak lama selepas sesi pengenalan yang membosankan itu , mereka akhirnya bersetuju untuk sama-sama mencari jalan keluar dari tempat itu. Namun, hasrat mereka bagaimanapun menemui jalan buntu selepas betemu dengan mahkluk pelik iaitu predator. Seperti sekuelnya yang lain, seorang-demi seorang dibunuh predator. Jalan cerita itu berterusan sehingga tinggal 3 orang sahaja lagi yang selamat, iaitu seorang doktor, Edwin (Topher Grace), tentera elite Royce, (Adrien Brody) dan heroin Isabelle, (Alice Braga). Ramai yang menanti-nantikan saat mendebarkan seperti Predator 1987), tetapi ia tidak muncul-muncul.

Kesimpulan yang boleh dibuat, predator dalam filem ini mudah ditumpaskan. Royce yang boleh dikatakan tonggak utama tidak diberi peluang untuk bertarung dalam tempoh yang lama atau dalam saat yang mendebarkan. Sebaliknya, pengarah Nimrod Antal hanya menghabiskan masa dengan memfokuskan kepada babak yang kurang penting. Klimaksnya begitu singkat.

1 comment:

eqacashperlala said...

ya ya
saya tengok filem ni kat wayang
sumpah bosan and terasa membazir duit jeeee

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...