HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

download full movie kl gangster 2


Telah menjadi suatu yang normal apabila pelbagai filem tempatan dan antarabangsa tersebar di internet untuk dimuat-turun selepas beberapa minggu filem ditayangkan di pawagam.

Apapaun lain pula ceritanya dengan filem KL Gangster 2 ini apabila telahpun tersebar di internet sebelum filem ini ditayangkan lagi. KL Gangster 2 yang akan mula ditayangkan pada 3 Oktober 2013 nanti dikatakan pengarahnya, Samsul Yusof sebagai filem prequel yang bermaksud menceritakan kisah sebelumnya apa yang terjadi sebelum filem yang lepas.

Syamsul Yusof tidak memberikan sebarang kenyataan apabila ditanya pihak kami bagaimana filem tersebut boleh tersebar di internet tetapi mengeluarkan satu kenyatan umum melalui Facebook miliknya;-OHARTIS.COM

 Agaknya ada pihak cuba nak ganggu periuk nasi industri filem ,kalau filem KL Gangster 2 sudah boleh 'leak' macam ini di internet,gamaknya lepas ini tutup periuk nasi la produksi-produksi filem Malaysia sebab belum masuk panggung ,dah boleh download free di internet 

KL gangster 2 bocor di internet

Yusof Haslam

KUALA LUMPUR -  "Kejadian ini merupakan satu pengkhianatan, rompakan dan sabotaj bagi kami (Skop Production)," tegas Datuk Yusof Haslam berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet.

Filem arahan Syamsul Yusof yang dibintangi Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan dan Sofie Jikan itu sepatutnya ditayangkan kepada penonton di pawagam pada Oktober depan.

Akui kecewa dan terkilan dengan insiden itu, Yusof berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Selain laporan polis, beliau turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah tersebut.

"Ia bukan perkara main-main kerana hal ini sangat serius. Apatah lagi ia kali pertama berlaku dalam sejarah perfileman.

"Saya tidak akan membiarkan mereka yang membocorkan filem ini terlepas begitu saja. Saya akan pastikan mereka akan dibawa ke muka pengadilan," tegasnya.

Menurut Yusof, anaknya Syamsul juga sangat kecewa dan terkejut kerana hasil titik peluhnya selama ini hancur begitu sahaja. Sementelah lagi filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.

Meskipun ada desas-desus mengatakan 'kebocoran' filem itu didalangi oleh 'orang dalam', Yusof bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu," katanya.

Beliau berkata, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.

"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni.

"Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri," katanya.

baju artis korea tak pakai seluar

Choi Yeo Jin artis k-pop, fesyen terbarunya…seperti tidak memaki seluar! Acara ini berlangsung di Grand Ambassador Seoul Hotel. 


dengan make up cantik lah.....!!




skandal panas aidil zaquan zarema zainal

 

Berikut adalah foto Zarema Zainal, kekasih baru Aidil Zaquan mendapat kritikan hebat dalam akhbar oleh Rita Rudaini.

Nama Zarema Zainal menjadi popular semalam selepas dia telah dikaitkan sedang hangat bercinta dengan suami kepada pelakon terkenal Rita Rudaini iaitu Aidil Zaquan.

Menurut Rita, Aidil telah merancang untuk menceraikannya pada 25 Februari 2013 dan bakal berkahwin dengan Zarema Zainal pada bulan Julai 2013.

Dek kerana komen pedas oleh Rita, Adil telah menceraikannya dengan talak satu melalui SMS semalam. 

Jom tengok lagi gambar cantik Zarema Zainal yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.


Hanis zalikha hot di pagi raya

Hanis Zalikha atau lebih dikenali dengan nama  Keknis di kalangan pembacanya memang orang yang sangat sempoi. Kalau anda follow Twitter dan Instagramnya, penuh dengan lawak jenaka. Untunglah bakal suami Hanis. Dapat bini cantik dan kelakar pula tue.


hanis zalikha raya
Salah satu contoh kekelakaran Hanis Zalikha dapat dilihat menerusi gambar di bawah. Comel sangat kot.
hanis zalikha raya 

Hehehe. Funny kan? Untuk tahun 2013, nampaknya bintang Hanis semakin bersinar. Semoga tahun depan dapat menang ABPBH untuk kategori Artis Wanita Baru Popular. Mana tahu ada rezeki kan? 


hanis zalikha raya hanis zalikha raya hanis zalikha raya hanis zalikha raya hanis zalikha raya

hanis zalikha raya
hanis zalikha raya hanis zalikha raya

gambar hot mama erin malek

 

Selain Dato Ac Mizal, Erin Malek turut membawa ahli keluarganya bercuti ke luar negara baru-baru ini.

Destinasi yang menjadi pilihan mereka sekeluarga ialah di Brisbane, Australia.

Erin, ibu dan dua adik perempuannya telah terbang ke negara Kangaroo itu pada 9 Ogos dan telah selamat kembali ke tanah air pada 15 Ogos lalu.

Sepanjang berada di sana pelakon Misiku Kuza ini sempat berkongsi gambar-gambar menariknya di sana.

Malah kebanyakan peminatnya berasa terkejut dengan penampilan ibu Erin yang masih kelihatan muda dan sekali tengok macam adik dan kakak, bukannya ibu dan anak!

Memang awet muda ibunya walaupun sudah memiliki tiga anak yang sedang meningkat dewasa.

Apa-apa pun jom tengok gambar-gambar menarik Erin dan keluarganya sepanjang berada di sana.






kehadiran Running Man ke Malaysia Dibatalkan

Berita sedih untuk peminat-peminat rancangan Running Man. Kehadiran Seok Jin, Haha, Gary dan Kim Jong Kook ke Malaysia pada 7 September 2013 telah pun dibatalkan. Pastinya berita ini sangat mengecewakan lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah membeli tiket.
running man batal ke malaysiaTambah menyedihkan apabila kehadiran Running Man ke negara-negara lain akan diteruskan seperti biasa. Alasan yang diberikan untuk pembatalan ini ialah kerana penganjur tempatan. Pengumuman rasmi ini telah dilakukan menerusi laman Facebook.
running man batal ke malaysia

Syamsul Yusof sudah bersedia untuk berkahwin

Untunglah bakal isteri Syamsul Yusof. Sudahlah mendapat lelaki kacak, kaya pula tue. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah identiti si wanita yang berjaya mencuri hati pengarah hebat ini. Yang penting, Syamsul sudah menyatakan kesediaannya untuk berkahwin selepas tayangan filem KL Gangster 2.
syamsul yusof
Kata Syamsul Yusof kepada Mstar Online:-
Saya sudah bersedia untuk berumah tangga kerana usia pun semakin meningkat. Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan khusus mengenainya dan ia hanya satu perancangan.
Tentang calon biar saya simpan untuk diri sendiri dahulu dan saya sendiri akan umumkan kepada semua sekiranya ia benar-benar terjadi.
Keluarga tidak kisah dengan siapa saya nak bercinta malah mereka sering bertanya bila saya akan berkahwin. Malah saya sendiri sering memikirkan soal tersebut dan berharap peminat semua mendoakan yang baik-baik untuk saya
puteri sarah
Syamsul Yusof sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelajar jurusan kedoktoran. Namun begitu, baru-baru ini dirinya dikaitkan pula dengan bekas kekasih Ammar Alfian, Puteri Sarah Liyana. Tak kisahlah mana satu asalkan bakal isteri Syamsul dapat membahagiakan hidupnya. Itu sudah cukup. Tak gitu?

Nelydia tak tolak jodoh dengan Qi

Nelydia


Selain kisah cinta kakaknya, Uqasha Senrose bersama Pekin menjadi sebutan, hubungan Nelydia Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, bersama pengacara popular, Qi Razali turut menjadi perhatian.

Terbaru, pelakon cantik yang terkenal menerusi drama bersiri Setia Hujung Nyawa ini menerima sebentuk cincin daripada buah hatinya. Malah perkara itu turut disahkan oleh Nelydia sendiri.

"Cincin itu dihadiahkan oleh Qi sempena hari lahir saya. Ia tidak bermaksud apa-apa, selain hadiah semata-mata.

"Kami tidak dapat meraikannya bersama kerana Qi terlibat dengan penggambaran di Argentina. Jadi cincin ini diberi sebagai ingatan," kata Nelydia dengan penuh teruja.

Masih dalam proses mengenali hati budi, Nelydia mengakui semakin selesa bersama Qi. Bagaimanapun masih terlalu awal untuk mereka memikirkan soal perkahwinan.

"Buat masa ini, saya belum bersedia dalam memikirkan soal perkahwinan kerana banyak yang perlu saya fikirkan untuk menjadi seorang isteri.

"Perkahwinan bukan perkara yang mudah, banyak lagi yang perlu saya belajar. Namun sekiranya sudah sampai jodoh saya bersama Qi, saya akan terima," katanya.

Ditanya mengenai Qi, aktres yang mula mencipta nama menerusi drama Spa Q ini memberitahu, sikap Qi yang memahami serta mengambil berat tentang dirinya itu membuatkannya tertarik.

"Sepanjang kami berkenalan, dia tidak pernah mengongkong saya, malah dia juga banyak memberi semangat dan nasihat.

"Dia juga sangat menghormati apa yang saya lakukan," katanya yang ditemui ketika pelancaran drama bersiri Strawberi Karipap.


Enggan jaja kisah peribadi

Meskipun hatinya sedang berbunga, namun hakikatnya gadis manis ini kurang selesa apabila kisah cintanya menjadi buruan media dan juga peminat.

Akui Nelydia, dia tidak mahu kisah cintanya itu menjadi tumpuan sepertimana hubungan kakaknya bersama Pekin.

"Sebolehnya saya tidak mahu media terlalu menyiarkan kisah cinta kami dan cukuplah masyarakat dah tahu kami bercinta "Saya lebih selesa sekiranya media melaporkan kerjaya kami berbanding kisah peribadi," tuturnya.

Jelas Nelydia, usianya masih muda dan banyak perkara yang ingin dilakukan. Selain karier, dia juga harus membahagikan masa untuk pembelajaran.

"Memang cabaran besar untuk saya membahagikan masa berlakon dan juga belajar.
"Saya risau sebenarnya tentang pembahagian masa kerana banyak komitmen saya setiap hari, kalau boleh saya ingin memberi fokus utama terhadap pelajaran. Namun saya harap segalanya dipermudahkan," katanya yang mengambil jurusan psikologi di sebuah IPTS.

Menurutnya, pendidikan adalah keutamaan untuk mengejar cita-cita yang diimpikan selama ini.

"Jika diberi peluang saya akan terus menyambung pelajaran dalam bidang yang sama cuma kali ini di luar negara

"Saya juga, tidak akan berhenti dari dunia lakonan, cuma mahu memberi tumpuan terhadap pelajarannya," katanya

kes gaduh kongsi gelap

Kes Gaduh Setapak 14 anggota Geng 08 dan Geng 18 ditahan Polis


Kes Gaduh Setapak 14 Ahli Geng 08 dan Geng 18 Ditahan
Polis menahan 14 suspek bersama empat botol petrol, lima bilah parang, dua batang besi, empat batang rotan dan satu wayar kabel selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Setapak semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, ACP Khairy Ahrasa berkata, 14 suspek lelaki yang berusia lingkungan 19 dan 30 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan.
Beliau berkata, dalam kejadian 3.30 pagi itu, unit rondaan bermotosikal polis terserempak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Ayer Panas, Setapak dan pemeriksaan mendapati mereka membawa empat botol petrol, sumbu serta pemetik api. “Hasil siasatan mendapati dua lelaki itu cuba membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang bergaduh dengan mereka di sebuah restoran di kawasan tersebut.

“Berikutan itu, kita menahan 12 lelaki lagi di Taman Danau Kota di sini,” katanya. Khairy berkata siasatan awal mendapati 14 suspek itu dipercayai anggota kongsi gelap ‘Geng 08′ dan ‘Geng 18′ yang disyaki bergaduh kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain. Seorang daripada suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah dalam kes samun di sekitar ibu kota, katanya.

Rody Kristal serah diri di balai polis?



Gitaris kumpulan Kristal, Rody terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang inspektor polis wanita pada Rabu lalu dan mengarahkannya segera menyerah diri di balai polis atas dakwaan menyamar dan menipu duit orang ramai.

Menurut Rody, dia dituduh telah menipu beberapa individu dengan cara menjual gadjet jenama Samsung menerusi online dan kononnya hasil jualan gadget tersebut akan disumbang kepada sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Samsung dan kumpulan Kristal.

“Saya dapat panggilan telefon dari seorang Inspektor. Dia arahkan saya menyerah diri. Kalau tidak, katanya dia sendiri akan datang ke rumah dan menangkap saya. Saya pun terkejut sebab saya tak tahu apa salah saya. Kemudian inspektor tu marah saya, dia kata dah lah saya menipu, lepas tu ‘lalok’ pulak. Lagilah saya terpinga-pinga. Tak pasal-pasal saya dituduh lalok?”, katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.

Tambah Rody lagi dia pada mulanya tidak menghiraukan arahan pegawai polis tersebut. Tetapi keadaan jadi rumit apabila hal tersebut sampai ke pengetahuan bapanya. Atas nasihat dari anggota-angota bandnya, dia pergi juga ke balai dan memberikan kerjasama.

“Pada mulanya saya memang tak mahu ke balai polis sebab petang tu saya bersiap nak pergi menyaksikan konsert Metallica. Tapi Inspektor tersebut menelefon bapa saya. Bapa saya telefon saya dan mengamuk suruh saya ke balai. Sampai di balai saya terus di soal siasat. Saya siap tunjuk tiket Metallica lagi pada polis tu, bukti yang saya nak ke konsert.

“Rupanya baru saya tahu yang ada individu lain menyamar sebagai saya. Individu tersebut telah menjaja nama Samsung dan nama Kristal. Dia telah menjual 3 tablet Samsung dengan harga RM1700 kepada seorang mangsa penipuannya dengan alasan hasil jualan tersebut untuk acara amal anjuran kami dan Samsung. Ikut logik mana ada orang jual tiga gadget sekaligus dengan harga sebegitu.

“Saya difahamkan kalau saya tak serah diri, mangsa tersebut juga mahu mendedahkan perkara ini kepada pihak media. Sejujurnya saya memang tak pernah jual apa-apa barang. Tak pernah pula kami (Kristal) rancang nak buat apa-apa acara dengan Samsung”, katanya.

Sebagai membersihkan namanya dan kumpulan Kristal, Rody turut membuat laporan polis. Dalam pada itu Rody tidak mengesyaki mana-mana pihak yang cuba memburukkan namanya dan kumpulan Kristal.

” Ini pertama kali saya berdepan dengan tuduhan sebegini. Saya tak tahu dan tak syak siapa-siapa yang nak aniaya saya. Orang ramai pun di harap jangan lah mudah percaya walaupun didatangani individu yang mengenalkan diri mereka sebagai artis, apa lagi nak jual barang.

“Saya harap hal ini akan selesai segera. Saya pun dah buat laporan polis. Sekarang ni tengah tunggu siasatan polis”, katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, kelmarin

pelik - gadis Korean ini tak basuh make up selama 2 tahun

Pakar kecantikkan menyarankan wanita membersihkan make-up setiap malam sebelum mereka pergi tidur, untuk mencegah kerosakan pada kulit mereka, tetapi seorang gadis muda Korea Selatan memilih untuk memakai make-up sepenuh waktu, selama dua tahun .





Bae Dal mi 20 tahun pertama kali memakai make-up ketika dia berusia 14 tahun dan cinta terus jatuh cinta pada make -up. Sejak 2 tahun kebelakangan ini ,dia menjadi sangat bergantung pada make up dan dia tidak ingin membersihkannya lagi. Ketika dia terus menerapkan lapisan pernah-tebal make-up di wajahnya, cermin menjadi item yang paling penting dalam hidup Bae dan dia menyatakan "Saya ingin terlihat sempurna setiap saat, aku tidur dengan make-up tanpa membersihkannya supaya kelihatan cantik." Shae tidak puas dengan penampilannya, dan mengatakan dia ingin menjalani pembedahan plastik di 10 tempat yang berbeza.

Selama dua tahun gadis muda tidak pernah menggunakan make-up remover, maka ibunya berasa meluat dengan perilaku Bae, menghubungi stesen TV dan mengatakan kepada mereka kisah luar biasa Bae. Selama variety show, dermatologists berhasil meyakinkan Bae Dal-mi dan akhirnya menghilangkan lapisan make-up. Setelah check up khusus mereka menemukan kulitnya dua kali lebih tua dari usia sebenarnya. Semua kerana obsesi dengan keindahan dan kecantikkan.

Foto telanjang angelina zhang tersebar

17 foto telanjang dari aktris Angelina Zhang beredar secara online semenjak akhir Julai lalu. Melalui foto yang ada, tampakZhang tertidur di ranjang dan kamar mandi sehingga seluruh bagian tubuhnya terlihat. Zhang mengakui itu semua memang benar foto dirinya yang diambil pada 2009 dan berdalih bukannya porno namun artistik.
Tampak dalam foto-foto porno yang beredar itu, tubuh Zhang berbeda dengan saat ini yang sudah lebih berisi. Meskipun tanpa make up, tato ciri khasnya di bawah pinggang jelas menunjukkan itu dirinya.
Terlahir di China, Zhang sudah tampil di beberapa film porno Hong Kong. Saat kontrak dengan manajemen AEG berakhir kisruh, Zhang menduga foto-foto itu disebar oleh mantan manajernya. Meski kini foto-foto telanjangnya beredar, Zhang membantah bahwa dirinya disebut sebagai pelacur.
Zhang mengungkapkan bahwa dia menyerahkan beberapa foto telanjang dirinya ke mantan manajer, Peter sekitar 2 tahun lalu ketika menjalin kontrak dengan AEG. Menjawab tudingan ZhangPeter mengaku itu hanyalah fitnah dan justru menuduh Zhang menyalahi kontrak dengan menerima tawaran pekerjaan lain meskipun kontrak dengan manajemennya belum berakhir.
Selain skandal foto telanjangnya, kini terungkap juga bahwa Zhang sudah menikah secara diam-diam dengan sutradara DUE WEST: OUR SEX JOURNEY yakni Mark Wu, seperti dilansir jaynestars.com.

Bieber guna twitter cemburukan selena


Anda peminat Justin Bieber? Pastinya anda sering mengikut kisah percintaan ‘on & off’ dia bersama Selena Gomez, 21.

Justin Bieber, 19 sebelum ini hangat bercinta dengan Selena nampaknya mula untuk memikat hati bekas teman wanitanya, Jacque Pyles, 19.

Pada malam berlangsungnya Anugerah Video Muzik (VMA), Justin dilihat tidak hadir disamping Selena sebaliknya keluar makan malam bersama bekas teman wanitanya itu.

Menurut laporan HollywoodLife.com, Bieber telah memuat naik kenyataan menerusi laman sosial Twitter “Great dinner. Life is beautiful.”


Dia yang tidak tercalon dalam anugerah tersebut bagaimanapun dilihat seperti tidak berminat untuk menemani Selena yang memenangi Anugerah Video Pop Terbaik.

Apakah yang cuba disampaikan oleh Justin? Sengaja nak bagi Selena cemburu?

Ini bukan kali pertama Justin cuba untuk ‘menguji’ kesetiaan Selena.

Sebelum ini dia meminta ‘rakan baiknya’, Ariana Grande untuk memuat naik gambar dia mencium pipi Ariana menerusi laman sosial Twitter.
 


‘Beliebers’ yang terkejut dengan gambar tersebut terus menyebarkan berita kononnya Ariana sedang bercinta dengan Justin.

Bagaimanapun, Ariana menjelaskan bahawa Justin yang memintanya memuat naik gambar tersebut.

Bunyinya seperti Justin sengaja ingin mendapatkan perhatian Selena menerusi gambar dia bercium bersama Ariana dan tweet makan makan malam bersama Jacque.

Apa lagi propa Si Justin selepas ini? Nantikan

Luahan isi hati Rita Rudaini


Aidil sebelum ini memaklumkan yang Rita berbohong ketika memberikan kenyataan kepada media.

Semalam Rita dengan panjang lebar memberikan kenyataannya dalam ruangan Bi Pop Berita Harian;

Saya berbohong?

Hanya Allah SWT saja yang tahu siapa berbohong! Saya percaya orang berbohong dan bersalah akan menerima balasan.

Kita tunggu masanya akan tiba suatu ketika nanti.

Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan raya anak-anak?

Kenapa ketika berada di Jepun baru nak SMS saya?

Saya boleh pula menyediakan kelengkapan anak-anak sebelum puasa.

Saya juga sibuk, tetapi masih ingat tanggungjawap terhadap anak-anak.

Apabila pulang dari Jepun, kenapa tidak beri duit belanja raya?

Kenapa pada hari raya keempat baru teringat nak beri duit raya?

Nampak sangat dia tiada langsung ciri-ciri bapa bertanggungjawab.

Apabila saya cakap dan bising, dia cakap saya burukkan dirinya!

Saya sudah lama menahan sabar dalam tempoh masa empat tahun in.

Saya tidak nafikan, Aidil ada memberi nafkah tapi hanya tahun ini saja baru setiap bulan beri duit.

Tahun lepas mana sejak Januari?

Mana bukti dan tolong tunjuk!

Dia mempertikaikan apa yang tidak cukup? Saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dulu saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya.

Mana dia pernah ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!

Dulu, kadang kala dia hanya beri RM500 saja untuk anak, dia bukan tahu keperluan makan dan susu anak mahal ke murah!

Hidupnya main bola dan balik makan saja.

Dia tak pernah ambil tahu belanja dapur!

Tapi saya jenis tidak berkira asalkan hidup bahagia dan tidak bergaduh.

Jangan nak menafikan hakikat itu.

Dia ni spesies manusa tidak pernah kenang budi ketika tidak berduit dulu.

Bila sudah senang, lupa diri.

Tapi tidak mengapa, Allah SWT Tahu apa yang berlaku.

Saya tidak takut!

Saya juga pelik bila pula masanya saya tuduh adik dan kekasihnya dalam kenyataan saya tempoh hari?

Ada saya menyebut nama mereka?

Dia ni sebelum kantoi, tuduh saya buat fitnah, tapi apabila satu Malaysia tau, dia SMS pada saya dan cakap “suka hati akulah nak berkahwin dengan sesiapa”.

Saya nak gelak pun ada..

Hari tue, berjanji nak datang jenguk anak-anak tapi bila tiba harinya, batang hidung pun tak nampak.

Dia ingat saya duduk rumah goyang kaki agaknya.

Kerja saya banyak tergendala kerana janji kosongnya.

Cakap depan hakim di mahkamah nak jumpa anak pada Ahad, tapi SMS beritahu tak dapat datang.

Soal tidak balik ke rumah keluarganya, saya nak tanya Aidil, tanyalah mana-mana wanita, siapa nak balik jika dia pun asyik kena marah, ada ketika pernah kena sepak terajang dengan keluarganya.

Mungkin Aidil lupa, dia pernah beritahu saya dan kawan saya.

Tidak dinafikan ibu bapanya pernah datang ke hospital ketika saya melahirkan Airit Rayyan.

Tapi mereka tidak mahu berjumpa dengan ahli keluarga saya.

Bila saya cakap jumpa dengan mama saya dulu, mereka terus tergesa-gesa mahu pulang.

Elok ke perangai macam itu?

Itukah gaya orang nak merapatkan hubungan?

Di situ pun sya dapat menilai mereka ikhlas atau tidak.

Saya bukannya tidak mahu berjumpa keluarga Aidil, tapi kadang kala apabila terkenang kejadian kena halau ketika mengandungkan Rayyan, saya jadi trauma.

Saya akan pergi keluarganya tunjuk perangai baik.

Saya selalu mengirimkan makanan dan tanya khabar mereka.

Tapi saya terkejut apbaila tercetus pergaduhan, apabila saya cuba hubungi bekas mentua, dia tidak melayan saya lagi.

Di situ sudah nampak, mereka memang tidak suka saya sejak dulu.

Tidak mengapalah tidak menyukai saya, tapi sekurang-kurangnya tanyalah khabar cucu.

Itupun susah untuk mereka lakukannya.

Tapi saya hairan, mereka aa hati nak merebut anak-anak saya.

Tak payahlah Aidil nak tuduh saya memburukkannya.

Keluarga dia pernah burukkan saya dalam akhbar, Twitter, dan Facebook.

Siap panggil wartawan datang rumah buat sidang akhbar lagi.

Saya terima. Tapi sampai bila? Saya juga manusia biasa, ada tahap kesabaran.

Dulu setiap kali saya kena makin hamun dengan keluarganya, Aidil tidak pernah mempertahankan saya.

Macam mana saya nak balik ke rumah keluarganya?

Seperkara lagi, saya dan keluarga pernah mahu pergi melawat bapanya yang kononnya sakit, tapi Aidil berkeras tidak mengizinkannya.

Saya pelik sangat-sangat.

Sekarang nak mempersalahkan saya pula.

Dia yang tidak pandai nak menjernihkan hubungan saya dengan keluarganya.

Keluarga saya selalu tanya dan nasihat pada Aidil supaya merapatkan saya dan keluarganya, tapi dia gagal melaksanakannya.

Mengaku sajalah Aidil.

Dia pun pernah buat pengakuan pada abang dan keluarga saya.

Dulu, saya tidak berani berkata-kata tapi tidak sekarang.

Saya mahu bangkit untuk mempertahankan diri.

Tidak perlulah saya cerita semuanya. Aidil kena ingat, sejak kena halau dari rumahnya, sejak itulah bermula titik hitam dalam hidup kami.

Sikap mereka menjadikan saya lebih keras hati.

Minta dia tengok semula SMS atau dia tak pandai membaca?

Lagipun itu tanggungjawab dia (beri duit nafkah).

Aidil ada ucap terima kasih pada saya melahirkan zuriat dia dan tolong sara keluarga?

Tak pernah sekalipun. Sekarang pun dia tidak pernah ucapakan terima kasih dan bersimpati pada saya yang menjaga anak-anak soerang diri.

Dia pun tidak boleh nak uruskan anak jika saya tinggalkan mereka sekejap.

Tapi dia tiada hati perut, sejak keluar rumah, dia membebankan saya dengan kes mahkamah dan macam-macam hal. Soal skandal, tak perlulah cakap saya tuduh. saya bukan boleh pasang CCTV di mana-mana.

Semua ini adalah petunjuk. Allah SWT tidak akan menutup apa yang dilakukan terlalu lama. Sampai masa, Allah sendiri akan buka aib dia

kilafairy tak pakai seluar cetus kontroversi

Pelakon dan juga anak bongsu kepada penyanyi Rohana Jalil, Kilafairy yang kini dihambat kontroversi ekoran daripada video kononnya dia tidak memakai seluar yang dimuat naik di laman Istagram memberitahu isu tersebut tidak menjejaskan karier dan perniagaan fesyennya yang baru sahaja bermula.

"Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaan saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging' yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar," katanya kepada Malaysian Digest.

Aktres yang tekenal dengan imej seksi dan mendapat jolokan Angelina Jolie Malaysia ini turut meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dan terganggu dengan video tersebut selain sudah memadamkan video tersebut dari akaun Instagramnya.

Kontroversi tersebut tercetus pada bulan Ramadan lalu apabila Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan pelakon berusia 21 tahun itu memakai baju sambil menunjukkan pelbagai gaya. Video tersebut menjadi isu apabila pakaian yang dipakainya itu menampakkan paha dan kelihatan seperti tidak memakai seluar.
Kilafairy juga bercadang mahu menggunakan khidmat model untuk koleksi jenamanya, Rack pada masa akan datang agar isu yang memberi pengajaran buat dirinya ini tidak berulang.

"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan mungkin untuk promosi akan datang saya rasa lebih senang kalau saya gunakan model saja." 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...