HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » syamsul yusof kekasih puteri sarah

syamsul yusof kekasih puteri sarah

Puteri Sarah Enggan Ulas Hubungan Dengan Syamsul Yusof

Beberapa insiden serta isu seperti pergaduhan di Twitter sedikit sebanyak telah berjaya menguatkan cerita yang mengaitkan produser dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bercinta dengan pelakon yang kini telah berhijrah, Puteri Sarah Liyana.
Hal ini mula tercetus apabila bekas teman lelaki Puteri Sarah iaitu model juga aktor Ammar Alfian Aziz dikatakan menyerang pengarah KL Gangster itu di laman sosial Twitter setelah mendapat tahu mengenai cerita mengenai Puteri Sarah yang rapat dengan Syamsul

Satu pertemuan yang dibuat dua jejaka ini sekitar Mei lepas juga dikatakan berpunca daripada hubungan rapat Syamsul dan Puteri Sarah tersebut namun d ipihak Puteri Sarah dia tidak mahu mengumumkan sebarang perkara yang belum pasti.

"Saya tidak boleh komen mengenai hal-hal yang melibatkan dua pihak. Kami berkawan seperti biasa dan tiada perancangan apa-apa. Masing-masing punya komitmen sendiri jadi cukuplah orang tahu kami sekadar berkawan, saya tidak mahu mengulas lebih.

"Apa-apa pon doakan yang terbaik untuk kami. Maksud saya bukan kami bersama tetapi doakan saya dan Syamsul sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja,"ujarnya berseloroh seraya mengelak untuk memberitahu mengenai status hubungannya dengan Syamsul Yusof.

Setelah berhijrah, Puteri Sarah telah berulang kali menyatakan perasaannya untuk berhenti menjadi pelakon kerana ingin fokus dalam bidang lain yang tidak memerlukan komitmen yang besar. Bidang pengacaraan serta peniagaan yang kini berada dalam perancangannya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hotel .

"Berlakon kini saya dalam proses menghabiskan segala komitmen yang masih ada. Bermula daripada sekarang saya tidak lagi menerima sebarang job baru kerana telah nekad untuk berhenti daripada berlakon.

"Fokus saya sekarang adalah untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan dan bekerja macam biasa. Cuma tawaran untuk mengacara masih ada dan jika tiada komitmen kerja saya akan terima.

"Buat masa ini saya masih lagi menghabiskan komitmen dalam lakonan dan insya Allah habis sahaja saya berlakon bulan depan, saya akan menghadiri sebuah temuduga kerja di sebuah syarikat dalam bidang permasaran,"ujarnya yang ditemui di majlis rumah terbuka Global Station Sdn Bhd di Ulu Klang, Sabtu lalu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...