HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

lepak kat hard rock cafe

mmmm....bosan bosan ? jom layan chica....APPLE mind..vanilla ++++

masyuk ja....yummyyyyyyyyyyyyy

sorry la semua..semenjak dua menjak ni..aref busy ja . banyak kerja luar .. al maklumlah..tenaga muda mcam saya memang banyak kerja luar...soryy banyak sebab ada yang bertanyakan khabar saya..syukur...saya sihat ja..anda semua bagai mana?

apa pandangan anda pasal CHICHA?






besok khamis malam keliwon ?

Benarkah malam jumaat merupakan malam keliwon? Berdasarkan kepercayaan dalam kalendar Jawa, keliwon adalah malam Jumaat ketiga setiap bulan yang disifatkan malam yang keras, kononnya pada malam tersebut makhluk halus atau hantu akan berkeliaran dan membuat kacau. Mengikut kepercayaan Jawa terdahulu juga, malam jumaat keliwon dikatakan malam keberkatan dan ketika inilah pengamal ilmu hitam akan melakukan pemujaan, maka banyaklah hantu yang berkeliaran.



Masyarakat di Semenanjung Malaysia juga ada kalendar sendiri iaitu Kalendar Piama. Sayangnya kalendar ini dah dilupakan malah tidak ada yang menggunakannya sekarang ini dek kemodenan dan kemajuan yang melanda. Kalendar Piama digunakan sebelum penggunaan Kalendar Hijriah. Berbanding Kalendar Hijriah dan Kalendar Jawa yang menggunakan kiraan perkembangan bulan, kiraan kalendar piama menggunakan pengiraan peredaran matahari. Terdapat pengecaman musim tertentu seperti hujan kelopak keranji, musim angin beruk(monsun timur laut), air laut didalam buyung(pengiraan nelayan untuk keadaan Laut Selat Melaka), musim angin kalih(raya cina) dimana selalu terjadi puting beliung mini kat kawasan lapang, musim ikan menangkap, musim binatang mengawan dan lain-lain lagi. Malam jumaat ketiga setiap bulan adalah tarikan graviti bulan lebih kuat dari malam 15 yang lain. Sesuai untuk mengaktifkan ilmu seperti kanuragan dan ilmu-ilmu ghaib yang lain. Untuk menambahkan ketakutan anda pada malam keliwon ini, jom kita saksikan gambar2 yang tidak disengajakan bergambar dengan makhluk2 halus.





Gambar 1


Gambar 2



Gambar 3



Gambar 4



Gambar 5


pssstttt : Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan MISTERI.. Btw, Sorry kalau gambar2 di atas tu tidak menyeramkan sebab aku takut nanti tetiba blog ni berhantu plak, HEHE..

Khurafat gegarkan panggung wayang

FILEM: Khurafat
PENGARAH: Syamsul Yusof
PELAKON: Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Mariani, Nur Huda
PENERBIT: Skop Production
GENRE: Seram
Klasifikasi: 13PG
Mula Tayangan: 13 JANUARI 2011




Sekali Imbas
Tidak dinafikan filem seram pertama arahan pengarah muda, Syamsul Yusof ini sangat menyeramkan! Filem seram yang mengisahkan perjanjian terlarang serta persengkolan antara manusia yang ditionjolkan ini menggunakan teknik kesan bunyi yang berbeza dan sangat mengerunkan serta boleh bikin gugur jantung.

Ulasan Penuh
Jika sebelum ini kebanyakannya filem dari Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23,Syamsul Yusof berbentuk aksi seperti filem KL Drift, KL Gangster dan sebagainya, namun kini penonton pasti terkejut dan berpuas hati dengan percubaan pertamanya mengarahkan filem seram.

Percubaan Syamsul boleh dikatakan percubaan yang terbaik kerana dalam filem Khurafat dia menggunakan atau menonjolkan teknik bunyi, pencahayaan serta hantu yang berbeza dan lebih menggerunkan daripada cerita hantu melayu lain. Terutama sekali, sistem dolby yang digunakan sangat berkesan dan berjaya membuat penonton dikuasai oleh perasaan takut dan disulami pula oleh cahaya yang suram dan scene yang suspen.

Ia terbukti daripada awal filem ini ditayangkan sehingga tamat, panggung sentiasa bingit dengan jeritan ketakutan penonton. Bayangkan sepanjang 90 minit filem ini berlangsung, tiada ketenangan yang diperoleh. Sesuailah apabila filem ini diklasifikasikan sebagai 13PG dan ibu mengandung serta yang ada penyakit jantung disarankan untuk tidak menonton filem ini.

Khurafat berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik daripada pengarah muda berbakat ini. Biarpun baru pertama kali mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan. Tidak perlu adegan seksi melampau atau dialog yang sengaja mencetuskan kontroversi, Syamsul nyata bijak memanipulasi setiap elemen di dalam filem ini.

Selain itu, jalan ceritanya yang penuh suspen itu membuatkan ramai penonton tidak dapat menyangka bagaimana pengakhiran ceritanya kerana tekaan penonton pada permulaan ceritanya pasti berbeza atau tidak sama apabila lihat bagaimana cerita ini ditamatkan.

Namun dari segi lakonan, Syamsul ini masih lagi berada ditahap common dan seperti kita sudah jangkakan cara dia bercakap dan perwatakannnya kerana hampir semua filem yang dilakonkannya karakternya masih sama dan tidak ada banyak bezanya. Cuma kali ini Syamsul tidak lagi berpakaian segak seperti orang-orang kaya serta membawa kereta mewah dan bekerjaya.

Manakala lakonan Liayana Jasmay kali ini sangat tidak menonjol dan boleh dikatakan wataknya biasa-biasa sahaja. Cuma dia berpenampilan berbeza dengan bertudung dan menjadi isteri kepada Syamsul. Dalam usianya, bagi penulis dia tidak sesuai memegang watak sebagai seorang isteri. Mungkin wataknya kali ini lebih limited dan tak banyak yang boleh dilakukan dalam filem ini.

Anatara pelakon yang patut dipuji pula adalah Sabrina Ali. Dia yang membawa watak sebagai Anna, bekas kekasih Johan yang menyimpan dendam berperwatakan seorang yang sangat psycho itu sangat berbeza dan berkesan. Dalam filem ini penulis boleh katakan watak Sabrina Ali sangat menonjol dan berkesan kepada penonton.

Terdapat scene yang seram yang jarang filem-filem seram tonjolkan antaranya Syamsul mendukung jenazah yang sudah dikapankan di tengah hutan waktu malam dan juga sewaktu Sabrina dimandikan serta diletakkan dalam peti mayat. Sabrina juga akui ia satu pengalaman yang sangat mengerikan dan berharga buatnya.
Sebagai pengarah, Syamsul pasti tidak lepas dari menggunakan aksi-aksi stunt dalam filemnya. Jika dalam filem KL Drift dia menggunakan kereta lumba sebenar untuk scene kemalangan, begitu juga dalam filem ini kerana dia ada menyelitkan scene kemalangan van jenazah jatuh ke dalam gaung bersama pemandu dan jenazah.

Bas Modern Era 2011 di china



Sebuah firma kejuruteraan China,Shenzhen Huashi Future Parking Equipment memperkenalkan 'bas kangkang' yang membolehkan kenderaan lain melalui bahagian dibawah penumpang sekaligus mengatasi kesesakan jalanraya akibat bas.


Bas berkuasa solar di kenali sebagai 3D Express Coach dengan ketinggian 4.6 meter dan mampu bergerak sehingga 60 kilometer sejam serta mampu menampung kapasiti muatan 1400 penumpang.


Harga sebuah bas yang lengkap dengan sistem laluan khas dianggarkan 500 juta yuan (RM234JUTA)

Read more :mai la sini

motor aku rosak ah !

ehem ehem....sory guys ..lama x update .baru baru nih ada jgak orang tanya  .nape lama x aktif...mmmm aku pon ada alasan tertentu..sory ya...

korang tahu tak.. dalam perjalanan aku di kawasan makam sultan muzaffar shah II ..tiba-tiba motor aku berasap...pergh...pening kepala aku memikirkan mcam mana nak balik rumah...nasib la bdak2 HO 86 ada...

apa lagi...masuk KELINIK MOTOR la...wave 100 aku...mmmm mahu 400 jgak melayang...sabo je lah...pada korang semua..thakz..sokong aku....LOVE U ALL

nantikan...segmen baru aku,....yeah yeah...


follower aku hilang

selamat petang semua !

garu kepala aku ...kenapa korang tak masuk blog aku ? sebab aku malas up date kan kan

persoalan nya :

kemana hilangnya follower aku ?
adakah korang dah jemu dengan blog aku ?
mungkin korang ada blog lain yang lagi best ?
adakah korang pon dah tak aktif?
apa dah jadi dengan blog aku ?
adakah korang semua busy gila-gila ?
kemanakah kerajinan korang ?
anda pasti ...jeng..jeng..jeng..

Raja Lawak 5 tiada penyingkiran

Gelanggang Raja Lawak musim ke-5 (RL5) telah membuka tirainya dan seperti menjadi kebiasaan dan tradisi Gelanggang Raja Lawak yang terdahulu, tiada berlaku sebarang penyingkiran bagi minggu pertama ini.


Keputusan ini diumumkan sendiri oleh Afdlin Shauki selaku juri tetap RL5 . Walaupun pada mulanya sudah dimumkan tiga peserta dengan undian sistem pesanan ringkas (SMS) paling terendah iaitu Balas, Lucky dan Leman, namun mereka terselamat dan diberikan peluang sekali lagi di minggu kedua.

Ternyata peserta-peserta RL5 kali ini lebih hebat berbanding musim-musim sebelumnya dan antara peserta yang menyerlah pada malam itu ialah kumpulan Balas, Nazmi, Epy dan R2.

Afdlin yang ditemui memberitahu peserta-peserta RL5 ini antara musim yang mempamerkan peserta yang sangat hebat dan berbakat berbanding yang terdahulu.

"Terus-terang saya seronok menjadi juri untuk musim kali ini kerana semuanya bagus-bagus belaka walaupun mereka baru berada di minggu pertama. Sehinggakan saya tidak menyangka tiga yang mendapat undian terendah.

"Kumpulan Balas sangat bagus kerana konteks mereka sangat segar dan berkaitan dengan isu-isu semasa serta mesej yang padat. Namun apa yang sedikit mengecewakan adalah mereka yang menyerlah ketika audition, kurang menonjol pula di gelanggang malam ini, antaranya Kopi O.

"Semua ada potensi yang sangat bagus, harap mereka boleh konsisten dan lebih berusaha untuk membuat persembahan yang lebih baik pada minggu hadapan," jelasnya.

Tema bagi minggu pertama yang perlu dipersembahkan oleh kesemua 12 peserta malam itu adalah Dulu Aku Kini Aku. Selain lawak jenaka peserta-peserta RL5, juri-juri, Johan dan Zizan turut menghiburkan penonton dengan lawak-lawak mereka sebagai hos pada malam itu.

Menariknya musim terbaru ini menampilkan konsep 1 Malayisa dalam pemilihan juri-juri baru mereka. Afdlin masih dikekalkan, cuma kali ini dia digandingkan dengan produser filem MIG, David Teo dan pelawak, Sathia.

RL5 yang diterbitkan oleh Astro Prima itu ditayangkan secara langsung pada setiap hari Jumaat bermula pada 7 Januari, pada pukul 9 hingga 11 malam.

Bagi program Kapsul RL yang memaparkan aktiviti para peserta sepanjang minggu mereka berada di RL itu pula disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9, bermula pada 3 Januari lalu.
Berikut adalah keputusan dan peratusan undian bagi minggu pertama Gelanggang Raja Lawak 5:
  1. TB0 - 19%
  2. Man - 12%
  3. KAMI - 10%
  4. BOBO - 9.6%
  5. KOPI O - 7.7%
  6. Nazmi - 7%
  7. Epy - 6.6%
  8. PUKAW - 6.1%
  9. R2 - 5.8%
  10. Leman - 5.6%
  11. LUCKY - 5.2%
  12. BALAS - 4.2%

Menteri Penerangan Malaysia Dilaporkan merogol amah

Sebuah organisasi yang menamakan diri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkan Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Rais Yatim ke kepolisian Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Malaysia dengan tuduhan memperkosa tenaga kerja wanita (TKW) asal Indonesia. “Alasan kami adalah untuk mendesak kepolisian agar menyelidiki dugaan-dugaan yang beredar melalui internet bahwa Menteri (Rais Yatim) melakukan pemerkosaan itu pada tahun 2007,” jelas Badrul Hisham Shaharin, koordinator SAMM, seperti dilansir Kantor Berita Malaysia, Bernama, Rabu (5/1).

Menteri Komunikasi Penerangan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Rais Yatim (gambar kiri) dituduh (perkosa) merogol seorang (TKI) amah bernama Robengah (gambar kanan) berasal dari Jawa pada 4 tahun lalu, pada 19 Februari 2007,


Menteri Komunikasi Penerangan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Rais Yatim (gambar kiri) dituduh (perkosa) merogol seorang (TKI) amah bernama Robengah (gambar kanan) berasal dari Jawa pada 4 tahun lalu, pada 19 Februari 2007,

Kabar yang beredar di blog-blog Malaysia menyebut, dugaan itu muncul dalam kawat diplomatik yang dirilis situs pembocor WikiLeaks. Dua blog yang membahasnya adalah bigdogdotcom.wordpress.com dan rockybru.com.my.

Dalam kedua blog tersebut dituliskan, Rais Yatim diduga memperkosa TKW Indonesia dan kasusnya ditutup. Diyakini perempuan itu telah kembali ke Indonesia dan bersembunyi dari sorotan media.


Kabar ini juga dilansir salah satu situs berita Malaysia, Harakah Daily, dengan mengutip bocoran data dari WikiLeaks. WikiLeaks dikabarkan mengacu pada Rocky Bru, seorang bloger Malaysia yang juga mantan Pemimpin Redaksi The Malaysia Mail, sebuah koran gratis di Malaysia. Dalam blog Rocky Bru, muncul tautan (link) pada suatu dokumen mengenai masalah yang menimpa seorang pembantu Indonesia, yang disebut berinisial Rb asal Banjarnegara. Dokumen itu adalah laporan investigasi lembaga pembela hak-hak pekerja asal Indonesia, Migrant Care.

Dokumen yang jadi dasar pemerkosaan tersebut
Dokumen yang jadi dasar pemerkosaan tersebut
Dokumen yang jadi dasar pemerkosaan tersebut
Dokumen yang jadi dasar pemerkosaan tersebut
Dokumen yang jadi dasar pemerkosaan tersebut
Dokumen yang jadi dasar pemerkosaan tersebut

Teksi Baru Akan Datang

Percaya atau tidak dengan adanya kereta baru Proton nanti..Teksi-teksi di Malaysia akan menjadi lebih menarik dengan kuasa tinggi....Seperti di bawah ini...penumpang pun selesa..hehe

Bila pulak proton lekiu nak di pasarkan ? ish ! tak sabar nak tengok depan mata nih...mmmm


Resepi Ayam masak Hitam



Bahan-bahan:

300 gram ayam kampung - dipotong 5
2 ulas bawang putih – dihiris halus
2 biji bawng merah – dihiris halus
3 inci halia muda – dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit kicap pekat
Sedikit kicap cair
Sedikit sos tomato
1 biji bawang besar – dihiris bulat-bulat
Garam scukup rasa
Sedikit minyak zaitun untuk menumis


Cara Penyediaan:

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawng merah sehingga naik bau.

Masukkan ayam kampung dan masak sehingga separuh masak.

Perlahankan api, masukkan kicap pekat, kicap cair, lada hitam dan sos tomato.

Teruskan memasak sehingga ayam masak dan kesemua bahan menjadi mesra.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

sapa nak tips untuk blog

salam satu malaysia...

sapa duk kat perak ? jumaat dah cuti kan...tapi skang aku kat kedah...so cuti lagi esok...hehehe baru lepas kemas rumah . sorry ya lama tak update blog. so skang dah masuk kampus...mood belajar tak muncul lagi..mod blogging ada ah...hehehe pape pon nak ucap

HAPPY NEW YEAR 2011

nak tips blogger berjaya?

korang taip aje kat kotak search...TIPS



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...