HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Raja Lawak 5 tiada penyingkiran

Raja Lawak 5 tiada penyingkiran

Gelanggang Raja Lawak musim ke-5 (RL5) telah membuka tirainya dan seperti menjadi kebiasaan dan tradisi Gelanggang Raja Lawak yang terdahulu, tiada berlaku sebarang penyingkiran bagi minggu pertama ini.


Keputusan ini diumumkan sendiri oleh Afdlin Shauki selaku juri tetap RL5 . Walaupun pada mulanya sudah dimumkan tiga peserta dengan undian sistem pesanan ringkas (SMS) paling terendah iaitu Balas, Lucky dan Leman, namun mereka terselamat dan diberikan peluang sekali lagi di minggu kedua.

Ternyata peserta-peserta RL5 kali ini lebih hebat berbanding musim-musim sebelumnya dan antara peserta yang menyerlah pada malam itu ialah kumpulan Balas, Nazmi, Epy dan R2.

Afdlin yang ditemui memberitahu peserta-peserta RL5 ini antara musim yang mempamerkan peserta yang sangat hebat dan berbakat berbanding yang terdahulu.

"Terus-terang saya seronok menjadi juri untuk musim kali ini kerana semuanya bagus-bagus belaka walaupun mereka baru berada di minggu pertama. Sehinggakan saya tidak menyangka tiga yang mendapat undian terendah.

"Kumpulan Balas sangat bagus kerana konteks mereka sangat segar dan berkaitan dengan isu-isu semasa serta mesej yang padat. Namun apa yang sedikit mengecewakan adalah mereka yang menyerlah ketika audition, kurang menonjol pula di gelanggang malam ini, antaranya Kopi O.

"Semua ada potensi yang sangat bagus, harap mereka boleh konsisten dan lebih berusaha untuk membuat persembahan yang lebih baik pada minggu hadapan," jelasnya.

Tema bagi minggu pertama yang perlu dipersembahkan oleh kesemua 12 peserta malam itu adalah Dulu Aku Kini Aku. Selain lawak jenaka peserta-peserta RL5, juri-juri, Johan dan Zizan turut menghiburkan penonton dengan lawak-lawak mereka sebagai hos pada malam itu.

Menariknya musim terbaru ini menampilkan konsep 1 Malayisa dalam pemilihan juri-juri baru mereka. Afdlin masih dikekalkan, cuma kali ini dia digandingkan dengan produser filem MIG, David Teo dan pelawak, Sathia.

RL5 yang diterbitkan oleh Astro Prima itu ditayangkan secara langsung pada setiap hari Jumaat bermula pada 7 Januari, pada pukul 9 hingga 11 malam.

Bagi program Kapsul RL yang memaparkan aktiviti para peserta sepanjang minggu mereka berada di RL itu pula disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9, bermula pada 3 Januari lalu.
Berikut adalah keputusan dan peratusan undian bagi minggu pertama Gelanggang Raja Lawak 5:
  1. TB0 - 19%
  2. Man - 12%
  3. KAMI - 10%
  4. BOBO - 9.6%
  5. KOPI O - 7.7%
  6. Nazmi - 7%
  7. Epy - 6.6%
  8. PUKAW - 6.1%
  9. R2 - 5.8%
  10. Leman - 5.6%
  11. LUCKY - 5.2%
  12. BALAS - 4.2%

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...