HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

BLOG akan dipadam selepas 25 JUN 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Fakta tentang Blogspot : Dahulunya Blogspot ini merupakan antara perkhimatan pertama yang dibeli oleh Google. Tapi sehingga kini blogspot masih boleh diakses menggunakan email perkhidmatan yang mereka gunakan dahulu sebagai contoh; email yahoo.com. Namun, kini Google telah hampir menamatkan akses bagi perkhidmatan email lain untuk log in ke Blogspot. 

Blog akan dipadam : Pihak Google akan memadam Blogspot yang didaftar selain daripada gmail selepas 25 Jun 2011. Jadi, bagi mereka yang masih menggunakan email yang lama, anda perlu bertukar ke akaun Google atau akaun anda akan dipadam bersama-sama blog yang telah didaftarkan. Google kini memberikan penekanan serius untuk mendaftar menggunakan akaun Google selepas 8 tahun memberikan perkhidmatan sokongan akaun lain. Amaran berbentuk begini juga telah diberikan bagi pengguna Youtube.

HAH!! Terkejot korang dengar berita tentang ni. Mesti terpingga2 nak percaya ke tak. Aku pon berkongsi dari seorang rakan blogger jugak. Macam percaya macam tak percaya. Tapi macam ade betolnye jugak. Jadi untuk langkah berjaga2 aku pon dah tukar ke google email iaitu Gmail.. Aku tau mesti ramai yang tak tahu macam mane nak tukar kan.. Senang jerrr..

PENAMBAHAN !!!!!

Mesej ni sebenarnya untuk mereka2 yang tidak log in account blogger die sejak 2007. Bagi blogger baru blog anda tidak akan terjejas. Akan tetapi, buatlah untuk memudahkan kerja diorang sebab mungkin akan didelete juga mane tau. Saya aku dah baca semua masalah yang dihadapi oleh blogger luar negara. Ada yang dah tukar pon akan mengalamai bende yang sama juga. Macam aku sekejap je dah boleh tukar. Korang kene ikot step yang aku ajar betol2. Jangan hilang walau satu langkah pon. 

Kalau masih tak boleh juga, tolong pergi ke sini dan claim balik blog korang


CARA NAK TUKAR ?


Pergi ke gmail.com dan tekan create new account.



Isi semua yang diatas dan tekan I accepted dekat bawah sekali. 


Pergi ke Dashbord dan tekan dekat My Account seperti dalam gambar diatas.


Lepastu nampak tak email address tu. Tekan edit yang seperti dalam gambar diatas.


Ikut semua yang kat atas ni. Remove email lame kalau nak. Dan letak Gmail korang dekat kotak kosong tu. Lepas dah selesai semua korang boleh SAVE.


Pergi dekat yang aku bulatkan tu. Tekan setting.


Korang edit balik bahagian email address korang dengan letak gmailkorang yang baru buat tadi. Lepastu SAVE.

OK!! Selesai semua kerja. Lepas ni tak payah risau lagi ok. Sila sebarkan entry ini dan juga tutorial ni. Jangan lupe link kan blog ni sekali yeeee. Harap blogger lain dapat tukar dengan cepat sebelum tarikh 25 Jun. 


-TAMAT-

p/s: AMARAN !! Buat persediaan awal sebelum terlambat.

doktor rogol pesakit



Tak pasti gambar ini sumber dari mana..Tapi tak juga mustahil perkara buruk macam rogol di bilik bedah boleh jadi dimana-mana saja..

Sebab apa ,masa doktor rogol pesakitnya diaorang dalam keadaan tidak sedarkan diri disebabkan kena bius atau ubat tidur..



Jadi bagi mengelakkan perkara rogol ini terjadi ,digalakan suami-suami hantar isteri di pusat rawatan yang doktornya wanita..

kalau nak hantar isteri bersalin hantar lah di pusat rawatan islam..kerana lebih terjamin auratnya dan bebas dari perkara tidak diigini berlaku…


ambil gambar sambil pegang buah dada

Apa nak jadi perempuan begini tanpa segan silu ambil gambar sambil teman lakinya memegang buah dadanya,kemudian sebar kan dalam internet di laman-laman sosial…

Bangga kot dapat laki buat macam tu kat dia…





Tak malu sunggguh biar jantan pegang buahnya...!!!

insaf la...wahai belia belia....tengok tu..siap tayang lencana sekolah lagi...malu ka wey !

Tuduhan Komplot AF 9 Mengecewakan



Minggu ni setiap pelajar didahului oleh persembahan intro dari kumpulan peminat tersendiri dan sebelum Erul ke tengah pentas, kumpulan tari penyokongnya kita tonton dahulu. Boleh tahan la.

Erul minggu ini ditugaskan untuk membawakan salah lagu hit 80-an dari Terence Trent D'arby - Dance Little Sister. Terence memang terkenal dengan suara garau yang "full of soul". Dalam dunia ni memang tak ada yang muncul selepasnya dengan suara yang sama, so I won't expect Erul to try and sound like him.

Tapi kalau you all nak check lagu dari penyanyi asal - link YouTube ialah http:// www.youtube.com/watch?v=FcUmIRw0N5w. Erul telah mencuba sedaya upaya dan tahap tenaganya adalah antara yang terbaik yang pernah saya lihat dari para pelajar AF9. Erul membawa interpretasinya sendiri, macam buat konsert pun ada jugak. Fantastic effort, Erul!

Afif yang dalam keadaan selesa di tangga kedudukan AFUNDI menjadi pelajar kedua. Lagu sifu M.Nasir iaitu Malam. Sebuah lagu yang penuh dengan rasa duka, resah, menantikan masa depan yang tidak pasti...dan suara Afif cukup matang untuk mambawa lagu tersebut. Suara Afif (maaf saya kena pakai perkataan ni) suara jantan. Macho.

Walaubagaimanapun Edry dan Hattan kedua-duanya merasakan mesej lagu tak kesampaian. KK tak dapat nak membuat keputusan. Suara Afif sedap, saya dapat dengar full range suaranya melalui lagu ini, mungkin 2/3 pengkritik tak begitu memuji Afif minggu ini tapi bagi KK Afif tidaklah menghampakan.

Hmm...lagi pelajar lelaki yang membuat persembahan dan Hazama merupakan ketiga malam ini untuk membuktikan beliau boleh bertahan di Akademi. Lagi persembahan dari fan club pelajar mendahului lagu yang akan dipersembahkan, now I'm beginning to think maybe it's not such a great idea!

OK, kembali kepada Hazama yang akan membawa lagu bekas juara AF, Hafiz, iaitu Noktah Cinta. Hazama yang membuat antara persembahan yang terbaik minggu lepas adalah antara yang tercorot di tangga AFUNDI Sabtu ini. Konspirasi untuk menentang ura-ura wujudnya konspirasi? Atau peminat Hazama tak mengundi kerana fikirkan tak perlu?

Persembahan Hazama malam ni OK but not WOW. Macam kata Hattan, Hazama boleh memberikan yang lebih baik dari yang di tonjolkan. I think I agree. He's good but he can do better.

Kay Awesome adalah keempat yang muncul dan KK rasa pelik bila Aznil sebut Didi ada di Studio 1, kamera tak tunjuk pun...KK nak tengok wajah Didi menyokong adiknya tapi takpe, mungkin selepas persembahan nanti akan ditunujukkan.

KK bukannya nak join si Badrul tapi suara Kay makin sedap (ye saya tahu BH tu biased sikit pasal Kay!). I must say all the students so far have improved this week. Makin nampak potensi untuk menjadi penghibur profesional dan bukan sekadar pelajar yang masih terkial-kial mencari identiti sendiri. Well, for most of them.

Kita belum lihat lagi tiga pelajar wanita bertanding minggu ni. Anyway, cukuplah Hattan asyik nak suruh pelajar lelaki jalan atau berdiri macho. Nanti nampak macam ada fobia plak! Pada saya tak nampak pun Kay tu lembut, mungkin gerak tarinya atau pergerakan atas pentas tidak aggressive
atau macho, tapi Mick Jagger dari Rolling Stones pun memang tak pernah macho dan kadangkala nampak lembut, tak de hal pun!

OK tiba masa untuk Fina mengambil tempatnya di atas pentas dan mengaut undian. Mmm...saya tahu dulu saya asyik kata masukkan Fina but...she was not perfect this week. Guru vokal kena ajar Fina kawal vokalnya. She has the voice, She has the power. But sometimes, a little restraint is better. Saya setuju dengan Edry. Sesebuah lagu tu ada cerita, dalam menjadi penglipurlara sewaktu menyanyi, lirik tu lah yang memberikan jalan cerita bagi pendengar. Bukannya setiap high note kena go all out.

Walaubagaimanapun Fina adalah antara pelajar wanita (termasuklah yang kekal dan yang tersingkir) yang ada kaliber dan harapan paling besar menjadi bintang, cuma didikan dan tunjuk ajar masih perlu.

Alaaa...Nama pun AF kan, memang kita tak boleh expect pelajar di tahap ini membuat konsert dengan artis-artis yang jauh telah lama menimba pengalaman.

Sebelum Azri muncul dengan lagu tugasannya seperti biasa ahli terpilih fan club beliau memberi persembahan sokongan. Lain dari yang lain, depa tak joget, depa nyanyi. Quite good. Tapi saya dah risau asyik tunjuk persembahan fan club nanti konsert over run plak...

Akhirnya Azri memulakan persembahan dan saya suka raut wajahnya sewaktu menyampaikan rangkap-rangkap awal lahu. Beliau hilang fokus sikit dari segi vokal pada penghujung lagu tapi secara keseluruhannya Azri memberikan persembahan yang bagus. Nampaknya finale AF9 ni akan punyai majority pelajar lelaki. Sebab so far tak ada antara pelajar lelaki malam ni membuat persembahan amatur - semuanya meningkat. I am very curious now to see Nera and Lena...

Ah! Nera is next! Lagi persembahan fan club. Harap-harap minggu depan tak ada lagilah persembahan yang tak perlu ni... Lagu Biduanita Negara, Saloma, menjadi pilihan pihak Akademi untuk Nera persembahkan malam ini. Showmanship Nera malam ni bagus! Tak perlu pun ada jemputan untuk menyerlahkan persembahan Nera macam  minggu lepas. Hattan punya komen malam ni bagi Nera is SPOT ON. "...kalau dinner show, saya panggil awaklah, tapi kalau dari segi vokal, saya tak panggil. Kalau saya nak bagi laki-laki yang ternganga sikit saya panggil awaklah untuk dinner tu, so awak pikirlah apa maksud saya tu..."

OK Lena pulak muncul dan fan club Lena buat poco-poco atas pentas. KK rasakan tarian poco-poco ni tak ada elemen negatif, gerak tari yang tidak senonoh tak ada langsung, amat sesuai sekali untuk budaya Timur. KK dah beberapa kali menghadiri majlis makan malam dan bersanding di mana tarian poco-poco adalah antara aktiviti yang di tetapkan. Seronok pulak tengok mereka yang lebih berumur dapat melakukan tarian sebegini (orang sekarang tak nak buat joget lambak dah...)

OK kembali pada Lena dan lagu Ku Menunggu, sebuah lagu yang menceritakan kisah seorang wanita yang jatuh cinta dengan seorang jejaka yang sudahpun berpunya. KK konpius sikit dengan raut wajah Lena pada awal lagu sebab liriknya berkenaan seorang wanita yang menantikan buah hatinya yang sudahpun berteman tapi muka Lena macam excited giler plak...apa-apa pun suara Lena malam ni sedap dan KK amat suka dengan tahap kesemua pelajar
minggu ini...semuanya meningkat!

Sebelum kita tonton Menuju Puncak dan ketahui pelajar mana yang tersingkir kita dapat tonton persembahan power dari Ning, Sheila Hamzah dan Jaclyn Victor. It was fantastic!

OK nampaknya dekat nak over run dah konsert malam ni! KK khuatir rakaman KK ni terhenti sebab penerbit-penerbit terlalu leka memberi masa bagi berbagai fan club untuk bertarung di atas pentas!

Dengan pantas sekali nama Afif sebagai yang terkeluar diumumkan. Ish! Everything was so rushed! Keputusan ini mengejutkan tapi sebab dah nak sampai 2 jam maka penonton di rumah tak dapat nak merasakan emosi yang sentiasa mengekori pengumuman nama pelajar yang tersingkir.

What a waste! Geram sekali.

Anyway - pada pendapat anda, patutkah Afif yang pergi? Terluakah peminat Afif mengundi kerana beliau dalam kedudukan yang selamat pada awal konsert?

Bagi peminat pelajar yang kekal, jangan lupa AFUNDI! Nanti goyah plak kedudukan favourite anda...

gadis melayu dah melampau


Pakaian mempermainkan aurat semakin teruk di sekeliling kita. Fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang semakin dianggap biasa, malah berani dipadankan dengan busana Muslimah dan tudung. Adakah kita harus membiarkan penyakit ini di dalam realiti masyarakat kita ? Masyarakat Islam seharusnya ada rasa benci dan jijik terhadap fesyen-fesyen wanita yang mempermainkan aurat, bukannya berkompromi dan buat-buat tidak kisah. Kita mahu menegur pun tidak berani. Kita hanya mampu membiarkan sahaja dengan mata yang sakit. Itulah realitinya mengapa makin ramai wanita Islam yang berpakaian sedemikian di luar sana, kerana mereka tahu masyarakat tidak akan mampu berbuat apa-apa ke atas mereka.


Uztaz dan ulama telah berbuih mulut membicarakan isu aurat di ceramah-ceramah dan forum Islam, namun golongan yang lazimnya menghadiri majlis sebegini adalah golongan yang sudah sedia memelihara aurat. Padahal, golongan sasaran iaitu wanita-wanita yang tidak menutup aurat jarang-jarang menghadiri majlis agama sebegitu. Bagaimana mesej mengenai kepentingan memelihara aurat hendak disampaikan kepada mereka ?

Sepertimana pentingnya peranan parti pembangkang dalam politik, begitulah juga pentingnya blog ini untuk membangkang trend fesyen mencemarkan ini. Ia diwujudkan sebagai kempen 'direct psikologi' untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar -gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam yang ada menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.



Trend Bermegah-Megah Dengan Kecantikan Di Kalangan Muslimah
Tudung baru ditempah disarungkan ke kepala. Badan dipakaikan dengan set baju kurung corak istimewa yang dibeli dari butik Muslimah tersohor. Muka disolek dengan 'make-up” yang tebal dan warna gincu yang menggoda. Beberapa 'pose' yang comel dan menawan diberikan kepada si pengambil photo. Akhirnya, sebuah imej Muslimah yang ayu dan anggun siap sedia diabadikan dalam bentuk gambar. Tidak puas untuk sekadar tatapan sendiri, gambar yang cantik berbusana itu dimuat-naik ke laman sosial dan blog sendiri agar dapat dilihat oleh rakan-rakan dan pelawat-pelawat. Pujian dan komen yang indah dari pelawat lantas membuatkan diri bangga di atas kecantikan yang dimilikinya.





Semakin ghairah golongan Muslimah mempertontonkan kecantikan mereka, maka semakin hilanglah hikmah dan pesona kebaikan di sebalik tujuan sebenar menutup aurat ( Hijab ) yang sebenarnya sebagaimana yang diwar-warkan oleh Islam.


Situasi bermegah-megah dengan kecantikan ini ditambah lagi dengan kemunculan kerjaya dan hobi yang berasaskan elemen kecantikan, dandanan dan paparan wajah yang dijalankan secara full-time ataupart-time, seperti model busana muslimah, jurumekap dan jurugambar ( photographer). Permintaan dari pasangan raja sehari untuk mengabadikan momen bersejarah dengan pelbagai aksi dan sisi juga tidak kurang hebatnya terutama ketika musim cuti sekolah di mana banyak majlis resepsi dan perkahwinan diadakan. Tidak mengapa andai ia sekadar untuk simpanan peribadi dan tatapan kaum keluarga semata-mata, akan tetapi bila ianya dikongsi untuk tatapan umum di laman maya, maka sudah pasti ada keburukan tanpa sedar tercipta darinya.

Perlu wanita-wanita Islam sedari bahawa Hijab itu adalah lambang kemuliaan. Ia bertindak sebagai benteng yang kukuh untuk menjauhkan seorang gadis dari maksiat, gangguan lelaki jahat dan seterusnya meninggikan darjat kemuliaannya di tengah-tengah masyarakat. Inilah yang membezakan darjat kemuliaan antara muslimat mukminat dan wanita-wanita JAHILiah kerana wanita JAHILiah, tatkala mereka keluar dari rumah, mereka ingin tampil berbeza dan lebih cantik dari wanita yang lain. Mengejar pujian dan sanjungan adalah matlamat utama terutama dari lelaki-lelaki yang tertarik dengan kejelitaan dan keindahan mereka.

Hijab itu adalah pesona kesucian hati. Peranan ini diiktiraf sendiri oleh ALLAH SWT kerana dengan ‘hijab’ yang benar, ia mampu melindungi pemakainya dari dilihat oleh lelaki secara tidak wajar seterusnya meleburkan keinginan-keinginan syahwat yang mungkin timbul dari pandangan mata tersebut. Dengan ini, mata yang ter’hijab’ dapat menjamin kesucian hati pemiliknya dan orang-orang yang berurusan bersama mereka.

Tujuan memakai busana Muslimah sudah lari dari tujuan asalnya.

Tidak percaya ? Lihat sendiri sekeliling anda

Lisa surihani dah melampau ?

nie masa Wartawan tanya pasal hubungan dia dengan acai!!

ala..posing2 lepas menang!!

Assalamualaikum semua,..hari ni aku nak cite pasal lisa surihani ni,.aku tak paham la ramai sangat lelaki yang tergila-gilakan dia ni....lawa sangat kew,..sampai ada yang buat entry mengarut-ngarut ,.contoh,..s"kandal aku dengan lisa",.."kisah aku dan lisa"dan macam -macam lagi la,.aku da baca,..memang tak lain memang gila angau la orang yang buat entry-entry cama tu kat blog dia kan,,
 aku malas la nak berlagak or riak,..

sebenarnya lisa ni tengah tergila-gilakan acai!!tak paham aku,..tiap-tiap malam mesage n call acai,..
korang tak caye kew??oke aku ade bukti la,..


haah!!ni bukti dia,..semalam lisa ni asyik je kacau acai dok call n message s,..so aacai pon cakap la kat dia yang acai tak suka dia selalu dok call acai,..menganggu acai,..tu dia mintak maaf pasal smalam...sebab telalu banyak kali didesak  untuk jumpa dia ni,..aku pon terpaksalah setuju untuk jumpa dia,..
eeiii,..gila tol lisa ni kat aku yer....
setiap masa nak bagitaw aku,.apa yang dia buat,..ade aku kisah ko balik ke tak,.pegi mana,.huh!!s

oleh sebab aku taknak pegi ke dengan dia ke majlis tuh,..terpaksalah dia pegi dengan  mia nie

kesian tol kat lisa nie kan,..patut kew acai layan dia nie,..tapi aku tak cintai dia,..kenapa dia asyik terkejar-kejarkan acai walaupun da banyak kali acai cakap aku tak cintai dia..!!

oke la semua,..cakap banyak pon tak guna,..aku harap Lisa ni terima hakikat yang acai dan dia tidak ditakdirkan untuk bersama,..aku harap dia akan berjumpa dengan lelaki lain dan hidup bahagia untuk selamanya...

mampukah adnan sempit 2 gegarkan wayang

persoalannya mampukah Ismail Bob Hashim atau lebih dikenali dengan nama Bob Hashim ini menjadikan filem Adnan Sempit 2 berjaya seperti filem Adnan Sempit arahan Ahmad Idham?




Bob Hashim yang sebelum ini merupakan penolong pengarah Adnan Sempit berkat, dia menerima cabaran itu sebagai tanggungjawab yang sangat besar walaupun masih baru dalam bidang penagrahan filem.
"Alhamdulilah, akhirnya saya telah diberi peluang untuk naik ke satu tapak yang lebih tinggi lagi iaitu daripada penolong pengarah kepada pengarah. Ini satu kejayaan yang cukup membanggakan buat diri saya.

"Biarpun saya pernah mengarahkan filem Ngangkung sebelum ini, namun saya akui cabarannya agak sedikit berbeza kerana filem Adnan Sempit seperti yang kita tahu adalah antara filem terbitan MIG yang paling berjaya," katanya sewaktu ditemui selepas berakhirnya majlis doa selamat filem Adnan Sempit 2 yang berlangsung di pejabat MIG di Petaling Jaya semalam.

Tambah Bob Hashim lagi, dia tidak nafikan cara sentuhannnya dalam filem yang bakal memulakan pengambaran 4 Mei 2011 itu nanti akan menampakkan sedikit perbezaan dengan cara pengarahan Ahmad Idham, namun apa yang penting, ia masih mengekalkan konsep yang sama.

"Saya tahu orang pasti akan mahu membandingkan cara saya dengan cara Ahmad Idham. Saya juga faham akan harapan yang diletakkan oleh masyarakat terhadap terhadap filem box-office ini.
"Tapi, apa yang boleh saya katakan cara pengarahan setiap pengarah sudah tentu berbeza. Saya mahu orang di luar sana tahu setiap pengarah ada acuan mereka tersendiri. Tak banyak pun adalah sedikit. Insya Allah, saya akan cuba berikan sedikit kelainan tetapi pada masa yang sama memastikan ianya adalah yang terbaik buat penonton.

"Namun, saya masih mengekalkan elemen dan konsep basic filem ini. Saya juga harus ingat bahawa saya tidak boleh melakukan perubahan yang terlalu ketara dalam filem sekuel ini kerana ia adalah sambungan kepada filem Adnan Sempit dan tajuknya pun masih sama," katanya kepada murai.com.my
Dalam pada itu, Bob Hashim juga menegaskan bahawa filem Adnan Sempit 2 tiada mempunyai kaiitan dengandrama bersiri Adnan Sempit yang ditayangkan di Astro Warna sebelum ini.

Selain Shaheizy Sam dan Intan Ladyana, barisan pelakon lain yang turut dikekalkan dalam filem ini adalah Yana Samsudin, Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak, Adnan Sempit 2 merupakan sambungan filem Adnan Sempit sebelum ini.

Rozita Che wan pakai tudung ?



Minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan dan fesyen telah mendorong aktres jelita, Rozita Che Wan untuk terlibat dalam perniagaan pakaian muslimah yang diberi nama My Couture Sdn Bhd. 

Perniagaan yang dijalankan bersama rakan kongsinya, Hanim Sahrom selaku pengarah kreatif My Couture Sdn Bhd itu lebih menjurus kepada pembekal pakaian muslimah seperti jubah, tudung dan pakaian wanita 'ready to wear' untuk butik-butik terpilih.

Menariknya, Rozita Che Wan terlibat secara langsung dari pemilihan material, khususnya untuk rekaan produk mini tudung. Persoalannya, mampukah Rozita Che Wan mereka tudung sedangkan dia sendiri tidak bertudung?

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, semua tidak menjadi masalah padanya kerana sekurang-kurangnya kebolehannya itu dapat dapat dimanfaatkan dengan mendorong orang lain untuk bertudung.

"Saya dan Kak Hanim saling bertukar idea tentang rekaan pakaian di butik ini. Tetapi dia lebih fokuskan kepada rekaan pakaian batik dan jubah. Manakala saya pula banyak mereka design untuk mini tudung yang lebih moden sesuai untuk wanita yang mengikut peredaran zaman.

"Lagipun, saya rasa tidak menjadi masalah jika saya boleh mereka tudung untuk orang lain tetapi saya sendiri tidak bertudung. Mungkin, ini kelebihan saya. Setidak-tidaknya ia boleh dimanfaatkan kepada orang yang bertudung," jelasnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran My Couture Sdn Bhd di Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Rozita Che Wan juga akui dia kini sedang berdepan dengan jadual lakonan yang sangat ketat, sehingga terpaksa mengorbankan masa tidur untuk memberi komitmen terhadap dunia perniagaan fesyen yang baru diceburinya secara serius sejak awal tahun ini.

"Alhamdulilah, memang banyak sangat tawaran dan tuntutan berlakon untuk saya pada tahun ini. Namun, saya tetap perlu luangkan masa setiap tiga bulan sekali untuk pergi membeli dan memilih material yang sesuai bersama Kak Hanim di sekitar lembah Kelang.

"Lagipun, perniagaan ini sudah mempunyai pelanggan tetap. Kerana selain menjadi pembekal pakaian muslimah di beberapa butik tempatan, kami juga turut menerima tempahan dari Singapura, Dubai dan United Kingdom," katanya yang masih lagi menjalani penggambaran drama Diari Summer Camp bersama Shahir.

saya seorang blogger

image
SAYA DAPAT BANNER NI DARI  ......  www.santaibenashaari.com
Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Jika aku kaya

dulu masa skolah rendah mesti cikgu suruh korang buat karangan "jika aku kaya" an an an

kalo aku kaya ....aku akan buat :

  1. hantar mak ayah ke mekah
  2. beli rumah yang dekat dengan laut
  3. beli EVO 10
  4. buka bisness restaurant
  5. melabur di luar negara
  6. jalankan perniagaan ikan AROWANA (kelisa emas)
  7. memiliki kedai emas...hehehe
  8. pakai barang2 branded huhu
  9. tukar hand pohe tiap bulan....tamak siot
  10. beli dah senang....sedekah sedekah la pada yg memerlukan
ok...apa pandangan korang ? Bila korang kaya...korang nak beli apa

gosip AF9 minggu ke4



Erul (Wanita Seluruh Dunia) - 8/10 bintang
Kawalan vokal Erul semakin baik. Erul memang sejak dari awal lagi menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi. Dia tak nampak gugup di pentas. Saya cuma berharap untuk minggu-minggu seterusnya, Erul dapat membuat persembahan yang lebih bersahaja, dan tidak kelihatan terlalu dirancang. Itu saja sedikit kelemahan Erul setakat ini. Namun, lagu yang tidak familiar di telinga saya menjadikan lagu itu sedap dibawakan Erul.

Nera (Diam Diam ) - 7.5/10 bintang
Jauh berbeza persembahan Nera kini, dengan dua konsert pertamanya. Tahap keyakinan Nera kini kembali dan dia seolah-olah mendapat suntikan baru. Kehadiran Fizz Fairuz juga memberikan sedikit nilai 'glamour' pada persembahan tersebut. Cuma, harus ada sedikit rehearsal untuk Fizz agar dia tak nampak terlalu bertanya di pentas kerana tumpuan penonton tetap ada pada dia. Nera perlu keluar segera dari zon selesa supaya dia tidak kelihatan ketinggalan dengan pelajar-pelajar lain.

Raqib (Menghitung Hari) - 8.5/10 bintang
Juga persembahan yang amat berbeza daripada tiga konsert sebelumnya. Mungkin lagu ini juga mencorakkan persembahan Raqib menjadikan ianya lebih original. 'Rasa' yang Raqib berikan untuk lagu ini amat baik dan mencerminkan bahawa dia berada di landasan yang betul. Saya tak rasakan persembahan ini 'safe' kerana Raqib memberikan warna yang berbeza. Good for you, Raqib!

Lena (It Must Have Been Love) - 5.5/10 bintang
Menghampakan! Sangat-sangat menghampakan! Bermula dengan lirik yang berterabur, gerak gaya yang sangat karaoke dan persembahan yang ketinggalan zaman, tidak ada satu pun yang menarik minat saya. Kalau lah ini persembahan pertama Lena, saya pasti dia tak akan lama di akademi! Apa sudah jadi? Terlalu over-confident mungkin? Sekian lama melihat dirinya sentiasa mendapat undian tertinggi membuatkan Lena terlena! Wake up!

Afif (Shoft B'einaya) - 7/10 bintang
Dengan sedikit elemen tarian yang tidak terlalu 'Arab' menampakkan kelainan pada persembahan Afif. Tetapi persembahan beliau masih kehilangan 'rasa'! Sedikit hambar. Saya cuba mencari kembali Afif yang membuat persembahan di konsert pertama dulu. Tidak diketahui ke mana hilangnya! Persembahan Afif seolah-olah tidak sepenuh hati, berhati-hati dan tidak mahu menyahut cabaran.

Hazama (Srikandi Cintaku) - 8/10 bintang
Lagu makanan beliau disampaikan dengan cara yang berbeza! Sebagai pelajar, kini dia perlu menerapkan rasa dan corak persembahan. I'm okay with his performance. Tapi seperti kata yang lainnya, saya pernah menonton persembahan dia yang lebih baik. Dia ada kelebihan yang tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar lain dari segi pengalamannya. Can someone please cut his hair? Masa untuk Hazama menjadi bintang sudah tiba!

Azri (Sampai Syurga) - 8.5/10 bintang
Lagu ini sudah ada 'cop mohor' Faizal Tahir. Kalau diberikan kepada pelajar wanita, mungkin akan ada kelainan, tetapi bila diberikan kepada Azri yang juga mempunyai range suara hampir sama, dia tidak dapat lari! Boleh nampak kesungguhan Azri untuk lari daripada 'persamaan' tapi sayangnya lagu ini tidak membantu. Apa-apa pun, saya sangat sukakan persembahan Azri. Dia ada karisma di pentas yang membuatkan orang menonton persembahan beliau.

Kay (Kata) - 7.5/10 bintang
Hanya dua tiga orang sahaja yang mempunyai semangat juang yang tinggi, and Kay is one of them! Semangat juang ini yang memberikan makna bahawa ini adalah pertandingan dan bukan nyanyian suka-suka. Ada yang berasa selesa berada di kedudukan yang tinggi dan 'over-confident'. Suaranya yang masih sakit dan saya tidak mahu komen tentang itu. Tetapi pergerakan tarian Kay akan nampak lebih menarik jika ada penari pengiring. Mungkin tiada sempat untuk Kay membuat latihan bersama penari.

Fina (All By Myself) - 8.5/10 bintang
Lagu asal Eric Carmen ini dipersembahkan oleh Fina mengikuti persembahan Celine Dion. A huge step to follow, tetapi saya rasa Fina dapat melakukannya dengan baik. Cuma dia perlu untuk mengawal suaranya supaya lebih 'cantik'. Now, kalaulah pakaian yang dikenakan oleh Fina ini terlalu bersahaja, pastinya persembahan beliau tidak akan nampak 'grand'! Itu yang saya maksudkan kenapa pakaian memainkan peranan yang penting untuk membuat persembahan!
Nasihat Kak Ogy supaya pelajar-pelajar ini membayangkan bahawa mereka membuat persembahan di pentas yang jauh lebih besar dengan kehadiran ribuan penonton, perlu diterapkan kepada semua pelajar! Kasihan pada mereka! Sudahlah diberi tekanan bahawa ini adalah AF yang terakhir, tetapi pentas yang diberikan kepada mereka seolah-olah ini adalah musim pertama AF! Kecil dengan jumlah penonton yang sangat terhad!

Namun, saya sangat berpuas hati dengan persembahan hampir kesemua pelajar pada malam konsert yang keempat! Rasa puas bila keluar dari studio 1 Astro! Harapnya, lagu yang diberikan kepada pelajar-pelajar minggu ini lebih kepada lagu pertandingan!

Pilihan saya untuk pelajar yang membuat persembahan cemerlang minggu ini adalah Fina, Raqib dan Azri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...