HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » gosip AF9 minggu ke4

gosip AF9 minggu ke4



Erul (Wanita Seluruh Dunia) - 8/10 bintang
Kawalan vokal Erul semakin baik. Erul memang sejak dari awal lagi menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi. Dia tak nampak gugup di pentas. Saya cuma berharap untuk minggu-minggu seterusnya, Erul dapat membuat persembahan yang lebih bersahaja, dan tidak kelihatan terlalu dirancang. Itu saja sedikit kelemahan Erul setakat ini. Namun, lagu yang tidak familiar di telinga saya menjadikan lagu itu sedap dibawakan Erul.

Nera (Diam Diam ) - 7.5/10 bintang
Jauh berbeza persembahan Nera kini, dengan dua konsert pertamanya. Tahap keyakinan Nera kini kembali dan dia seolah-olah mendapat suntikan baru. Kehadiran Fizz Fairuz juga memberikan sedikit nilai 'glamour' pada persembahan tersebut. Cuma, harus ada sedikit rehearsal untuk Fizz agar dia tak nampak terlalu bertanya di pentas kerana tumpuan penonton tetap ada pada dia. Nera perlu keluar segera dari zon selesa supaya dia tidak kelihatan ketinggalan dengan pelajar-pelajar lain.

Raqib (Menghitung Hari) - 8.5/10 bintang
Juga persembahan yang amat berbeza daripada tiga konsert sebelumnya. Mungkin lagu ini juga mencorakkan persembahan Raqib menjadikan ianya lebih original. 'Rasa' yang Raqib berikan untuk lagu ini amat baik dan mencerminkan bahawa dia berada di landasan yang betul. Saya tak rasakan persembahan ini 'safe' kerana Raqib memberikan warna yang berbeza. Good for you, Raqib!

Lena (It Must Have Been Love) - 5.5/10 bintang
Menghampakan! Sangat-sangat menghampakan! Bermula dengan lirik yang berterabur, gerak gaya yang sangat karaoke dan persembahan yang ketinggalan zaman, tidak ada satu pun yang menarik minat saya. Kalau lah ini persembahan pertama Lena, saya pasti dia tak akan lama di akademi! Apa sudah jadi? Terlalu over-confident mungkin? Sekian lama melihat dirinya sentiasa mendapat undian tertinggi membuatkan Lena terlena! Wake up!

Afif (Shoft B'einaya) - 7/10 bintang
Dengan sedikit elemen tarian yang tidak terlalu 'Arab' menampakkan kelainan pada persembahan Afif. Tetapi persembahan beliau masih kehilangan 'rasa'! Sedikit hambar. Saya cuba mencari kembali Afif yang membuat persembahan di konsert pertama dulu. Tidak diketahui ke mana hilangnya! Persembahan Afif seolah-olah tidak sepenuh hati, berhati-hati dan tidak mahu menyahut cabaran.

Hazama (Srikandi Cintaku) - 8/10 bintang
Lagu makanan beliau disampaikan dengan cara yang berbeza! Sebagai pelajar, kini dia perlu menerapkan rasa dan corak persembahan. I'm okay with his performance. Tapi seperti kata yang lainnya, saya pernah menonton persembahan dia yang lebih baik. Dia ada kelebihan yang tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar lain dari segi pengalamannya. Can someone please cut his hair? Masa untuk Hazama menjadi bintang sudah tiba!

Azri (Sampai Syurga) - 8.5/10 bintang
Lagu ini sudah ada 'cop mohor' Faizal Tahir. Kalau diberikan kepada pelajar wanita, mungkin akan ada kelainan, tetapi bila diberikan kepada Azri yang juga mempunyai range suara hampir sama, dia tidak dapat lari! Boleh nampak kesungguhan Azri untuk lari daripada 'persamaan' tapi sayangnya lagu ini tidak membantu. Apa-apa pun, saya sangat sukakan persembahan Azri. Dia ada karisma di pentas yang membuatkan orang menonton persembahan beliau.

Kay (Kata) - 7.5/10 bintang
Hanya dua tiga orang sahaja yang mempunyai semangat juang yang tinggi, and Kay is one of them! Semangat juang ini yang memberikan makna bahawa ini adalah pertandingan dan bukan nyanyian suka-suka. Ada yang berasa selesa berada di kedudukan yang tinggi dan 'over-confident'. Suaranya yang masih sakit dan saya tidak mahu komen tentang itu. Tetapi pergerakan tarian Kay akan nampak lebih menarik jika ada penari pengiring. Mungkin tiada sempat untuk Kay membuat latihan bersama penari.

Fina (All By Myself) - 8.5/10 bintang
Lagu asal Eric Carmen ini dipersembahkan oleh Fina mengikuti persembahan Celine Dion. A huge step to follow, tetapi saya rasa Fina dapat melakukannya dengan baik. Cuma dia perlu untuk mengawal suaranya supaya lebih 'cantik'. Now, kalaulah pakaian yang dikenakan oleh Fina ini terlalu bersahaja, pastinya persembahan beliau tidak akan nampak 'grand'! Itu yang saya maksudkan kenapa pakaian memainkan peranan yang penting untuk membuat persembahan!
Nasihat Kak Ogy supaya pelajar-pelajar ini membayangkan bahawa mereka membuat persembahan di pentas yang jauh lebih besar dengan kehadiran ribuan penonton, perlu diterapkan kepada semua pelajar! Kasihan pada mereka! Sudahlah diberi tekanan bahawa ini adalah AF yang terakhir, tetapi pentas yang diberikan kepada mereka seolah-olah ini adalah musim pertama AF! Kecil dengan jumlah penonton yang sangat terhad!

Namun, saya sangat berpuas hati dengan persembahan hampir kesemua pelajar pada malam konsert yang keempat! Rasa puas bila keluar dari studio 1 Astro! Harapnya, lagu yang diberikan kepada pelajar-pelajar minggu ini lebih kepada lagu pertandingan!

Pilihan saya untuk pelajar yang membuat persembahan cemerlang minggu ini adalah Fina, Raqib dan Azri

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...