HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » rozita che wan sudah bertunang

rozita che wan sudah bertunang

Kontroversi melanda apabila selebriti mempunyai peminat yang terlalu menggilai mereka. Kasihan pula Abang Nara apabila mendengar kontroversi ciptaan yang terjadi pada Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Mana tidaknya, tak pasal-pasal kecoh kononnya mereka telah bertunang ketika menyambut Aidilfitri baru-baru ini.
che ta bertunang
Pertunangan palsu ini telah dicipta oleh seorang peminat yang menghadiri rumah terbuka Rozita Che Wan di Perlis. Kata Che Ta:-
Memang dari awal lagi, saya sudah perasan kehadirannya. Malah, dia menjadi tetamu yang paling lama berada di rumah saya. Saya mula rasa pelik apabila dia banyak sangat mengambil gambar saya, Zain dan adik saya, Ayu Raudhah.
Namun, kerana menghormati peminat, kami menurut saja. “Saya sendiri tak tahu apa motif dia, mungkin sekadar bergurau ataupun tujuan lain. Saya tak marah, mungkin dia sendiri tak tahu yang majlis itu hanyalah majlis rumah terbuka.
Mungkin dia keliru kerana saya dan Zain berpakaian sedondon berwarna hijau. Jadi, dia ingat itu adalah majlis kami
che ta bertunang
Macam-macam kan? Zaman sekarang ini memang pelbagai perkara yang tak masuk akal boleh berlaku kerana kecanggihan teknologi. Mungkin peminat itu kemaruk nak melihat selebriti kesukaannya bertunang. Tak apalah, lagipun bertunang perkara baik. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...