HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » budak 11 tahun di paksa ambil dadah -rogol

budak 11 tahun di paksa ambil dadah -rogol

Budak 11 tahun Dirogol selepas dipaksa ambil dadah oleh Tujuh Lelaki | Kejadian Berlaku Di Petrajaya | KUCHING – Seorang kanak-kanak perempuan diiringi beberapa pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat laporan polis petang kelmarin mendakwa telah dirogol tujuh lelaki selepas dipaksa mengambil dadah.


Difahamkan, mangsa yang berusia 11 tahun dan berasal dari kawasan Samariang, Petra Jaya telah berkenalan dengan beberapa lelaki sebelum dia didakwa dirogol.

Menurut sumber, mangsa mendakwa telah dipaksa untuk mengambil dadah sehingga menyebabkan dia khayal dan peluang tersebut digunakan kesemua suspek untuk merogolnya.

Bagaimanapun, waktu kejadian tersebut belum dapat dipastikan sehingga mangsa menceritakan perkara tersebut selepas dihantar oleh keluarganya kepada pihak JKM, kelmarin.

Selain itu, mangsa turut dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan selepas laporan polis dibuat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

“Laporan ada diterima dan pihak kita masih menjalankan siasatan berhubung kejadian,” katanya. -The Borneo Post.
P/S: Mujurlah Malaysia Masih Aman...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...