HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » shila amzah bakal berlakon

shila amzah bakal berlakon

Bukan menjadi peserta Chinese Idol, sebaliknya anak tempatan yang sedang mencorak langkah di negara China iaitu Shila Amzah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu tema Chinese Idol berjudul A Moment Like This.

"Saya bersyukur. Pertama kali Chinese Idol dianjurkan, saya telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema untuk program ini.

"Bagi peminat Malaysia yang ingin mendengarkan lagu ini, ia telah dimuat naik di laman youtube dengan tajuk A Moment Like This Shila Amzah.

"Lagu ini dinyanyikan sepenuhnya dalam bahasa Cina. Hanya tajuk saja bahasa Inggeris," ujar Shila yang telah menetap di Shanghai.


Bakal Berlakon, Shila Amzah Nyanyi Lagu Tema Chinese Idol

Mengulas mengenai kariernya di Cina, Shila amat bersyukur dan dia telah menyanyikan lagu tema Chinese Idol secara live pada kemuncak program tersebut malam tadi.

"Setakat ini, saya selesa berada di sini dan tidak menerima sebarang gangguan seperti paparazi. Saya pun tidak beritahu di mana saya tinggal. Sejak berada di sini, Shila lebih kerap menghabiskan masa duduk di rumah saja.

"Saya rasa, industri hiburan di sini sama seperti industri di Korea Selatan. Saya ada punya kawan yang terdiri daripada rakan artis di sini. Namun, saya tidak pernah lepak bersama mereka.

"Kami berjumpa apabila ada show bersama. Lepas dari itu, masing-masing akan buat hal sendiri. Lagi pun saya tinggal di Shanghai dan kebanyakkan rakan artis yang lain tinggal di Hong Kong," katanya.

Dalam pada itu, Shila turut akui ada menerima tawaran berlakon dalam drama Cina di sana.
"Ya, saya memang dapat tawaran berlakon. Namun, saya tidak ambil tawaran tersebut untuk tahun ini.Insya-Allah, tahun depan baru saya lebarkan sayap untuk berlakon dalam drama Cina.

"Saya sebenarnya tunggu waktu yang sesuai. Setakat ini, Shila masih lagi pergi ke kelas bahasa Cina. Shila juga ada belajar sendiri untuk cepat tangkap dan menguasai bahasa mereka," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...