HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » kisah aril AF bersama era fm

kisah aril AF bersama era fm

Stesen radio No. 1 negara, ERA fm baru sahaja menyambut ulang tahun mereka yang ke-15 baru-baru ini, dan untuk memeriahkan lagi sambutan ulang tahun mereka bersama dengan bulan kemerdekaan dan perayaan Aidilfitri tahun ini, ERA fm akan menganjurkan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA di Stadium Hang Jebat, 31 Ogos ini.

Istimewa pada hari tersebut, satu perlawanan bola sepak persahabatan akan diadakan di antara ERA FC berentap dengan Arena All Stars FC di mana ERA FC akan dibarisi Adifashla, Zahid, Aril, Ray, Johan, serta barisan selebriti seperti Firman, W.A.R.I.S, Nomad, Shae, Soo Winci, Black dan Fiq dan beberapa pemain Harimau Muda.


Aril, Shac ERA fm Akan Webchat Bersama Murai Isnin Ini

Manakala barisan Arena All Stars FC pula akan dibarisi Santokh Singh, Soh Chin Aun, Azman Adnan dan barisan penyampai Astro Arena.

Turut diadakan, konsert Eravanganza akan diadakan pada sebelah malam yang man ianya akan dihangatkan oleh barisan penyanyi popular seperti Faizal Tahir, Forteen, Black, Najwa Latiff, W.A.R.I.S, Shae dan Firman.
Demi menghangatkan lagi perlawanan persahabatan tersebut dan sambutan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA itu sendiri, ndua penyampai ERA fm iaitu Aril dan Shac akan muncul dalam sesi webchat  pada hari Isnin ini, 26 Ogos bermula jam 1 hingga 2 petang.

ia memberikan peluang kepada anda selama sejam untuk mendekati kedua-dua penyampai radio ini untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada mereka. Anda boleh bertanyakan soalan tentang perkembangan terbaru, ucapan raya atau pun peluang mereka untuk menentang barisan Arena All Stars FC dalam perlawanan yang diadakan pada 31 Ogos nanti.

Anda juga berkesempatan mendengar sendiri suara Aril dan Shac yang mungkin ada ucapan istimewa untuk anda semua.

Nantikan kemunculan mereka berdua Isnin ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...