
Anda peminat Justin Bieber? Pastinya anda sering mengikut kisah percintaan ‘on & off’ dia bersama Selena Gomez, 21.
Justin Bieber, 19 sebelum ini hangat bercinta dengan Selena nampaknya
mula untuk memikat hati bekas teman wanitanya, Jacque Pyles, 19.
Pada malam berlangsungnya Anugerah Video Muzik (VMA), Justin dilihat
tidak hadir disamping Selena sebaliknya keluar makan malam bersama bekas
teman wanitanya itu.
Menurut laporan HollywoodLife.com, Bieber telah memuat naik kenyataan
menerusi laman sosial Twitter “Great dinner. Life is beautiful.”

Dia yang tidak tercalon dalam anugerah tersebut bagaimanapun dilihat
seperti tidak berminat untuk menemani Selena yang memenangi Anugerah
Video Pop Terbaik.
Apakah yang cuba disampaikan oleh Justin? Sengaja nak bagi Selena cemburu?
Ini bukan kali pertama Justin cuba untuk ‘menguji’ kesetiaan Selena.
Sebelum ini dia meminta ‘rakan baiknya’, Ariana Grande untuk memuat naik
gambar dia mencium pipi Ariana menerusi laman sosial Twitter.

‘Beliebers’ yang terkejut dengan gambar tersebut terus menyebarkan berita kononnya Ariana sedang bercinta dengan Justin.
Bagaimanapun, Ariana menjelaskan bahawa Justin yang memintanya memuat naik gambar tersebut.
Bunyinya seperti Justin sengaja ingin mendapatkan perhatian Selena
menerusi gambar dia bercium bersama Ariana dan tweet makan makan malam
bersama Jacque.
No comments:
Post a Comment