HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » isu panas YDPA murka Mukriz mahadhir

isu panas YDPA murka Mukriz mahadhir




YDPA telah murka terhadap mukhriz. Baginda memberi tempoh kepada mukhriz sehingga bulan 12 ini untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda KUIN, jika mukhriz tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, baginda akan menglgunakan kuasa veto yang ada untuk mengarahkan semua pelajar dan staf KUIN dipindahkan semula ke kuala ketil.

YDPA akan memantau perjalanan pentadbiran KUIN dan kerajaan kedah bagi memastikan nasib pelajar dan KUIN khususnya kampus kuala ketil terbela...




p/s: jangan pernah berhenti bermunajat dan beruzlah kepada Allah...

ISBIRU WASOBIRU WARABITHU





KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendesak Kerajaan Kedah dan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) agar menyemak keputusan untuk memindahkan semula KUIN kembali ke kampus Mergong.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan langkah pemindahan itu dan kedudukan sebenar kampus KUIN Kuala Ketil yang masih disembunyikan oleh pihak kerajaan negeri sama ada ia akan dijual atau disewa kepada pihak lain.

Katanya, langkah untuk menyembunyikan kedudukan sebenar masa depan kampus KUIN Kuala Ketil adalah suatu tindakan yang membelakangi hak mahasiswa dan rakyat Kedah sebagai pendukung kepada pembinaan kampus ini.

“Tindakan untuk menjual atau menyewa Kampus KUIN Kuala Ketil yang tersergam indah dan kembali ke kampus lama Mergong adalah suatu usaha langkah ke belakang yang sangat merugikan dan mengecewakan rakyat negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kenyataan media bersama Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Ustaz Ahmad Yahya, Naib Pengerusi Salimah Kedah, Masadah Sajadi, Yang Dipertua ABIM Kedah, Zulazri Mohd Sani, Presiden Pertubuhan Darul Mustafa Kedah, Hafiz Mustafa Lubis dan Pengarah Pusat Santuni Rakyat (PSR) Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman itu sebagaimana di bawah.

Umum mengetahui bahawa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan institut pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri Kedah yang telah berkembang pesat sejak penubuhan lebih 15 tahun.

Ia adalah pusat pengajian tinggi yang membanggakan seluruh rakyat negeri Kedah dan ianya menjadi pemangkin kepada pengembangan dunia pendidikan dan keilmuan di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...