HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » david teo hina hans issac

david teo hina hans issac

ohartis-david-teo-hans-isaac-1


Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit filem terkenal David Teo bahawa Filem Adnan Sempit 3 berjaya mengenepikan filem Lemak Kampung Santan, Hans Isaac ternyata amat tersinggung dengan kenyataan itu.
Kenyataan David Teo itu kerana Filem Adnan Sempit 3 yang ditayangkan serentak bersama Filem Lemak Kampung Santan iaitu pada 1 Syawal yang lalu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan kerana berjaya mengutip RM2.3juta selama 6 hari ditayangkan jauh meninggalkan filem terbitan Hans Isaac.
Menurut Hans Isaac, dia berasa kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh David Teo malah menganggap ianya seperti memijak dirinya.
“Saya tidak kecewa apabila filem Lemak Kampung Santan (LKS) tidak mendapat sambutan di pawagam, tetapi saya lebih kecewa apabila membaca kenyataan David Teo semalam (kelmarin) dalam sebuah akhbar yang mengatakan Adnan Sempit 3 berjaya mengetepikan filem saya.”
“Bagi saya kenyataan David seperti memijak saya, apabila orang susah, kita mahu pijak lagi. Sebagai penerbit dia sepatutnya lebih profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu.” jelas Hans.
Namun, dalam masa yang sama David Teo yang dihubungi untuk mengulas kenyataan balas Hans Isaac berkenaan isu itu menjawab;
“Masakan saya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang merendahkan filem ‘Lemak Kampung Santan’.
“Apabila kempbali ke Malaysia nanti saya sendiri akan menghubungi Hans untuk memastikan hubungan baik yang terjalin selama ini akan terus berkekalan,” ujar David yang ketika ini sedang bercuti di Taiwan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...