HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Siti Nurhaliza mahu tinggal gelaran penyanyi no.1 ?

Siti Nurhaliza mahu tinggal gelaran penyanyi no.1 ?

Berhenti sebelum kenyang! Itulah pepatah yang digunakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed sewaktu tokoh negara yang dikagumi dunia ini mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada tugasnya mentadbirkan rakyat dan negara.


Nampaknya, konsep yang sama juga telah digunakan penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza Tarudin tatkala dia membuat keputusan untuk menarik diri daripada menjadi calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010).

Malah, dia mengakui apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir telah mencetuskan inspirasi yang sama baginya untuk berbuat demikian. Lebih-lebih lagi setelah mendapat nasihat yang serupa daripada beberapa golongan VIP.

Apapun, hasrat Siti untuk menarik diri daripada menjadi calon ABPBH bermula daripada ABPBH 2010 pada tahun ini hingga pada masa-masa akan datang akhirnya sudah pun tercapai. Keputusan muktamad penyanyi lagu Cindai ini telah disahkan olehnya sendiri dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang semalam.

Selain hanya mahu jadi penonton dalam acara anugerah yang berasaskan populariti itu Siti juga mahu memberi peluang kepada bakat baru dalam hiburan seni tanah air lain untuk merasai kejayaan manis seperti yang pernah dia lalui sebelum ini.
"Cukuplah dengan kejayaan yang saya capai di ABPBH selama ini dan saya bersyukur atas penghargaan yang diberikan itu.



"Kini tiba masanya saya hadir pada majlis itu sebagai penonton yang sentiasa memberi sokongan dari apa sudut sekalipun dalam memartabatkan industri hiburan tempatan.

" Bukan mahu menguji siapa pula yang akan menggantikan saya tetapi hanya mahu memberi peluang pada bakat-bakat baru pula. Ikhlas saya katakan, saya tak ingin lagi orang melabelkan saya sebagai penyanyi atau selebiriti no.1 lagi kerana bagi saya title itu tak akan berkekalan sampai bila-bila.

" Lagipun saya percaya suatu hari nanti akan ada orang yang akan menggantikan tempat saya," jelas Siti yang sudah yang pernah mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular selama 14 tahun berturut-turut.

1 comment:

aima in luv said...

tak suka siti,,,, hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...