HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » sukan asean 9 emas buat malaysia

sukan asean 9 emas buat malaysia



 Hoki pula lepas peluang layak automatik ke Olimpik 2012

ANGKA keramat sembilan yang dicari akhirnya tercapai dua hari sebelum Sukan Asia melabuhkan tirainya apabila Low Wee Wern menjadi tunjang skuad skuasy wanita mendapat keistimewaan memastikan sasaran kontinjen negara tercapai akhirnya, semalam.

Kemenangan skuasy wanita yang turut diterajui Delia Arnold dan Sharon Wee itu menambah gemilang kepada sukan tanah air yang menyusul selepas kejayaan meraih 12 emas di Sukan Komanwel New Delhi bulan lalu.

"Walaupun kita mempunyai wakil dalam beberapa acara final hari ini (semalam), tetapi final skuasy wanita adalah paling penting,” kata Chef de Mission Datuk Zolkples Embong.
Hari ini beberapa atlit negara akan bertanding dalam terjun, gimrama dan karate tetapi peluang menambah emas agak sukar.

1 comment:

Lufti said...

tahniah malaysia...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...