Kes ugut itu nampaknya semakin teruk sehingga ke tahap nak membunuh hingga AC tidak teragak-agak lagi untuk membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya. Dan hari ini dalam satu keratan akhbar, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan yang mereka memandang serius tentang laporan itu dan sedang berusaha mengesan dalang yang menyebarkan ugutan itu.
Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin turut memaklumkan bahawa laporan itu juga telah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mempunyai kemahiran khusus bagi menjejaki individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan.
Dia juga berkata pihak polis sentiasa terhadap sebarang bentuk ancaman atau ugutan bunuh yang boleh membahayakan nyawa asebarang individu. Adalah difahamkan terdapat lima laman web yang dikaitkan memburuk-burukkan nama dan syarikat AC yang tersebar melalui Internet sejak beberapa minggu lalu.
Selain membuat ugutan kepada AC Mizal, penulis blog berkenaan turut melemparkan ugutan kepada pekerja serta kakitangan syarikat AC Mizal yang didakwa melakukan penipuan berhubung harga kos dan harga jualan produk syarikat berkenaan.
Malah AC juga dituduh menipu pengguna mengenai testimonial daripada pesakit yang menggunakan produk gelang tangan diedarkan syarikat itu.
Kerana itu jugalah, AC kini sudah membuat aduan berhubung fitnah terhadap produk jualan syarikatnya ke SKMM bagi membolehkan siasatan serta tindakan lanjut dilakukan. Pihak SKMM kini sudah mengarahkan Jabatan Siasatan SKMM untuk menjalankan siasatan terperinci mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Begitulah nasib yang menimpa AC. Siapa cakap kalau dah ada harta, semuanya akan jadi mudah? Susah juga beb, banyak perkara lain harus dijaga kerana dengki dan iri hati adalah salah satu antara 7 teman rapat manusia.
No comments:
Post a Comment