aku dapat tahu, Shahir sekarang ini sudah mula kekwat dan susah betul nak dihubungi. Apabila wartawan atau sesiapa saja yang ada berkenaan dalam bidang seni nak telefon dia, mesti hanya masuk voice mail saja. Dah lah tu, bila tinggalkan pesanan tidak pula dijawabnya atau membalas panggilan tersebut.
Apapun, berdasarkan respon yang diterima media tentang sikap Shahir begini, ada sebuah majalah hiburan sudah pun membatalkan sesi fotografi tersebut dan hampir mahu memboikot Shahir. Dengarnya, selepas ini majalah hiburan berkenaan tidak mahu membuat apa-apa cerita pasal Shahir.
Hah! Kan dah susah...awak tu baru nak naik dek oi..tak ingat ke pesan Pak Nil masa konsert akhir..jangan lupa diri dek oi...jangan biarkan sorakan sokongan bertukar menjadi sorakan menyedihkan..boooo...
Apa kes pun, detektif nasihatkan agar Shahir ambil berat atas apa yang berlaku ini. Mungkin kalau bukan Shahir yang buat, pihak yang berkenaan juga kena ambil tahu juga. Ingat, industri kita ni kecil ye. Pusing-pusing di situ saja.
1 comment:
sila la jgn kekwat ok!!!!
Post a Comment