HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » kereta terbang akan berada di pasaran.....lelong3x

kereta terbang akan berada di pasaran.....lelong3x

Kereta

terbang yang diberi nama Terrafugia Transition, akhirnya mendapat keizinan terbang dari Persekutuan Pentadbiran Penerbangan (Federal Aviation Administration / FAA) Jabatan Pengangkutan AS. Dengan izin ini, pengeluar kereta tersebut sudah boleh memulakan pengeluaran secara komersial Terrafugia Transition.
Walaubagaimanapun, sebelum dijual kepada umum, FAA mengkehendaki beberapa perubahan pada binaanTerrafugia demi keselamatan pemandu kereta terbang ini. Selain itu, pengendali kereta ini mestilah mempunyai lesen bahagian penerbangan. Pemandu boleh mendapatkan lesen ini setelah menjalani latihan selama 20 jam.

 $clik untuk lebih besar$

CEO Terrafugia, Carl Dietrich, menyatakan bahawa ini adalah pencapaian baru dalam dunia mobiliti. “Perjalanan sekarang menjadi lebih mudah, mulai dari tanah terus keudara. Itulah yang diimpikan penyelidik penerbangan sejak tahun 1918,” ujarnya.
Mengikut perancangan, tersebut akan mula dijual di pasaran mulai 2011 dengan harga sekitar USD194,000. Di udara, Terrafugia boleh terbang hingga 115 mph atau sekitar 450 batu per jam. Sayap pada kereta terbang ini boleh dilipat sehingga dapat disimpan di dalam garaj pemyimpanan kereta biasa.


 
Terrafugia yang bakal dijual ke pasaran juga akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan tambahan, seperti airbag, pelindung kokpit dan juga vacuum energy absorber.

ini dimajuakan oleh MIT (Massachusets Institute of Technology). Buat masa ini, Terrafugia hanya mampu mengangkut seorang pemandu dan juga seorang penumpang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...