HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Jimmy Shanley rampas kembali trek selebriti...

Jimmy Shanley rampas kembali trek selebriti...

Apapun, sewaktu Jimmy menjadi pengacara Akademi Fantasia 8 (AF8) bersama Sarimah Ibrahim awal tahun lalu, ramai yang sedia maklum, program yang menaikkan nama Jimmy iaitu Trek Selebriti telah pun diberikan kepada Naib Juara AF7 iaitu Aril.

Malah, respon yang diberikan terhadap Aril sememangnya dipuji kerana penyanyi lagu Biar Begini itu mampu membawa kelainan dalam program berkenaan dengan tidak menyamai langsung cara Jimmy mengacara. Pun begitu, tanpa diberitahu apa-apa, program yang sepatutnya bersiaran hanya sekali dalam seminggu ini sudah tidak ke udara lagi di Astro Ria. Apa kes sebenarnya?

Bila detektif cubalah risik tentang hal ini. Rupa-rupanya program itu telah direhatkan buat seketika dan hanya akan diterbitkan kalau-kalau ada program yang memerlukan sokongan Trek Selebriti. Sebagai contoh AF. Pokoknya dari kesimpulan info yang aku terima itu, Trek Selebriti boleh dikategorikan sebagai program untuk projek istimewa saja.



Dalam masa berehat itu juga, detektif difahamkan Aril masih lagi kekal sebagai hos dan dia hanya menunggu arahan pihak produksi untuk memulakan penggambaran terbaru Trek Selebriti. Bagaimanapun, tanpa ada sebarang petanda, ini dikejutkan lagi dengan berita bahawa Jimmy sudah pun kembali aktif ke sana-sini dengan membuat liputan tentang artis tempatan untuk musim terbaru Trek Selebriti.

Sumber turut memberitahu, Jimmy sudah pun mulakan tugasnya itu baru-baru ini dengan menemuramah artis yang terlibat dengan program Mari Menari. Yeke? Hai macam mana dengan kes Aril. Adakah dia disingkirkan atau dia dikategorikan sebagai kurang memberi impak baru untuk Trek Selebriti?

Apa sekalipun, Murai Batu masih lagi kurang nak percaya sangat kerana dari sumber itu, katanya mikrofon yang dipegang Jimmy tidak lagi sama logonya seperti logo Trek Selebriti yang terdahulu. Mungkin itu program baru kot.

selalunya logo program akan berubah bila ia nak berwajah baru. Yang penting, detektif nak tunggulah juga pengumuman rasmi dari pihak produksi ini. Adakah benar yang  dengar ini? Paling tidak pun, kita nak tahulah kenapa Aril tiada lagi dalam wajah baru Trek Selebriti?

p/s : lebih baik gabungkan dua hos ini agar program ini tambah menarik. Mungkin lebih stailo kalau setiap minggu Aril dan Jimmy bertukar-tukar tugas agar Trek Selebriti lebih dapat perhatian kembali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...