HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » kenapa parents Raja Farah kecewa?

kenapa parents Raja Farah kecewa?






"Sebagai ibu, saya rasa amat kecewa dan kecil hati apabila mendengar anak saya dilemparkan dengan tuduhan yang tidak berasas ini. Namun, pengalaman bersama Farah yang sudah hampir 7 tahun bergelar anak seni, kami redha dengan dugaan yang diberikan Allah.

"Sebenarnya, kami amat risau dengan pihak lelaki selepas gosip ini tersebar. Bagaimanapun, kami berfikir buat apa nak takut jika kami tak lakukan perbuatan terkutuk itu. Orang senang-senang boleh tuduh.
"Alhamdulillah, baik Farah dan Megat, kedua-dua mereka cekal menghadapinya. Saya pun bersyukur, keluarga Megat dapat menerima dan menghadapi dugaan ini dengan penuh kesabaran," kata Faizah.
Dalam pada itu, Faizah yang sudah tidak lagi mengikuti Farah ke lokasi penggambaran memberitahu ayah Farah iaitu Raja Aziz Raja Ngah, 54 berasa amat sedih sekali bila Farah sudah menjadi isteri orang.

"Sebagai ibu bapa, kami redha bila satu-satunya anak perempuan kami sudah pun menjadi isteri orang. Namun, bapanya dia pulak yang rasa sangat sedih. Nak kata dia rapat dengan bapanya seorang tidak juga. Tapi, entahlahkan. Hati bapa. Lagipun, Farah ini seorang anak yang sangat rapat dengan keluarga.
"Sebenarnya, saya sendiri tidak menjangka, Farah berkahwin di usia muda ini. Farah memang muda tapi kemampuan dia rasanya lebih dari orang muda. Sejujurnya, dia lebih kuat berdikari berbanding abang-abangnya.

"Semua perkara dia buat sendiri. Tentang majlis resepsi, kami cadang nak buat masa cuti semester sekolah awal tahun depan. Tarikhnya masih belum ada. Pun begitu, besar kemungkinan majlis akan dibuat pada Februari depan. Kami pun berbuat demikian kerana nak berikan kemudahan pada pihak Megat yang datang dari Pasir Mas, Kelantan," jelasnya lagi.
Sementara itu, ibu Farah turut menjelaskan anaknya masih belum membuat keputusan untuk menetap di mana selepas menjadi isteri orang.
"Setakat ini, dia belum ada kata apa-apa lagi. Mungkin buat sementara waktu, mereka duduk bersama kami lagi," ujarnya.

Menyokong apa yang diperkatakan ibunya, Farah yang demam sepanjang majlis diadakan membuat kata putus bahawa dia masih lagi tinggal bersama keluarga selepas kahwin.
"Farah ni jenis yang tak boleh renggang dengan mak. Jadi, Farah akan tinggal bersama dengan keluarga lagi. Lagi pun, rumah sendiri masih lagi dalam proses. Farah pun masih nak duduk dengan mak. Farah nak tuntut ilmu dari mak dalam usaha untuk menjadi isteri yang baik.

"Kami bercadang honey moon di Pulau Sipadan dan Pulau Raja Empat, Indonesia. Memandangkan Farah dan bersuami, jadi lepas ni Farah akan memilih watak. Farah akan kurangkan berlakon watak antigonis.
"Farah pun akan minta persetujuan Megat dulu dengan tawaran watak yang diterima. Kalau boleh, Farah nak ada anak lelaki dan perempuan. Paling banyak pun, mungkin 4 orang je kot," kata Farah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...