HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Selamat Pengantin baru _ Raja Farah

Selamat Pengantin baru _ Raja Farah



Biarpun telah dilemparkan dengan pelbagai tohmahan serta tuduhan buruk ke atas dirinya sebelum menjelangnya hari bahagianya, namun ia tetap tidak menghalang niat pelakon Kau Dan AKu 2, Raja Farah Raja Aziz , 22, untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25.

Malah, hanya dengan sekali lafaz sahaja , Raja Farah telah pun selamat diijabkabulkan bersama Megat Bashirun di kediamannya yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam lebih kurang jam 11 pagi tadi.
Raja Farah yang diwalikan oleh ayahnya, Raja Aziz Raja Ngah terus mengalirkan air mata kegembiraan sebaik saja dirinya telah sah menjadi isteri kepada Megat Bashirun.

Selain bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi, sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya turut melengkapi upacara membatalkan air sembahyang pada pagi itu.

Raja Farah yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM888 dan tujuh dulang hantaran turut membalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Raja Farah seperti telefon bimbit iPhone 4, pewangi dan alat solek Dior, tas tangan Coach, pulut kuning, sireh junjung, dan lain-lain.

2 comments:

payeen said...

dah kawen ke? alhamdulillah. kaw bila nak kawen?

aref seven said...

ko pon...bila nak kawen...?
aku x gatai lagi lah....uhuks !!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...