HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Tips mudah bentukkan badan

Tips mudah bentukkan badan

Hari ini saya kembali lagi untuk segmen tips kesihatan bersama darkbatman. hehe! Sebagai lelaki yang mementingkan penampilan, mempunyai bentuk badan yang seksi dan menukarkan daripada six spec kepada six pack semestinya menjadi impian semua jejaka kacak. heh! Kalau anda sudah kacak, anda boleh skip entri saya kali ini. ahaha.
Kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit cara membentuk badan untuk diamalkan bersama anda semua. heh!
  1. Gym Training
    Cara ini antara latihan yang paling sukar. Di samping mengeluarkan duit yang banyak, kita harus juga melatih badan dengan perbagai alat berat yang pastinya membuatkan badan kita menjadi seperti badan atlet.
  1. Sit Up Training
    Cara ini agak mudah kerana kita hanya perlu melakukan latihan sit up setiap hari. Minimum 20 kali sehari akan membantu melatih otot perut dan membentuk perut menjadi six pack dengan cepat.
  1. Push Up Training
    Selain Sit Up, lakukan juga push up setiap hari di rumah dan minimum 20 kali sehari untuk melatih otot lengan dan juga otot perut.
  1. Minum Susu
    Rajin-rajinlah minum susu setiap hari, minimum 2 kali sehari. Namun untuk membantu kita mendapatkan badan seperti atlet dan tentunya six pack, anda perlu kerap mengambil susu dan juga protein supaya badan terbentuk dengan lebih mantap.
Amalan di atas merupakan cara sederhana membentuk badan anda supaya lebih tegap dan menghilangkan lemak berlebihan dengan cepat.

1 comment:

honeyvsbee said...

hahaa malas tuh nk buat semua tu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...