Pernah ker setelah anda melakukan latihan senaman badan, tubuh anda menjadi lebih berotot dan keesokan harinya kembali normal? Jadi, ini masanya untuk anda mengetahui satu langkah yang lebih sedikit dalam dunia fitness dan mencapai otot yang anda inginkan iaitu pumping. Apakah yang dimaksudkan dengan Pumping?
Ketika otot lengan anda digunakan untuk mengangkat beban dengan sejumlah beban, darah akan mula mengalir banyak ke otot anda. Semakin intensif anda berlatih maka aliran darah akan mengalir semakin banyak ke otot lengan anda hingga anda boleh rasa otot anda agak keras dan akan meletup bila – bila masa. hehe!
Tapi sebenarnya itu hanyalah perasaan anda saja. ahaha. Tujuan dari aliran darah tersebut adalah untuk menyingkirkan racun-racun yang terbentuk dari kepenatan dan menampung lebih banyak tenaga dan oksigen. Jika anda boleh merasai kesan sebegini, maka inilah yang disebut pumping dan itu merupakan salah satu tanda bahawa anda sudah berlatih dengan optimal pada otot lengan anda.
Mengapa Mengecil?
Pertanyaan yang sering muncul ketika kita belum memahami tentang pumping secara betul. Ketika pumping, otot anda akan menjadi lebih besar seketika tetapi ini bukan kesan yang akan kekal kerana yang membesar pada waktu itu bukanlah otot tetapi pengaliran darah anda yang mengalir secara lebih cepat ke otot yang sedang dilatih sehingga tubuh menjadi lebih padat. Esoknya, mungkin anda akan melihat otot anda seakan mengecil semula kerana aliran darah kembali normal.
Ketika anda melakukan latihan-latihan yang boleh membentuk pumping pada otot anda, keuntungan yang anda perolehi bukan hanya memiliki penampilan otot yang lebih besar secara cepat tapi juga memasukkan nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan otot anda.
Anda perlu ingat, dengan hanya pumping sahaja, otot anda tidak akan terus menjadi lebih besar kerana nutrisi yang tepat untuk pengisian otot anda sangat diperlukan untuk membuatkan otot anda berkembang. Dengan adanya aliran darah yang banyak ke otot anda, maka inilah waktu yang tepat untuk mengisi otot anda dengan nutrisi protein untuk pertumbuhan otot lengan anda. Fuhh, penat memberi syarahan hari ini. hehe!
No comments:
Post a Comment