Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun tetapi tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan bertaraf kontrak dan sambilan di Lembaga Lada Malaysia seperti berikut:
1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q27
2. PEMBANTU PENYELIDK GRED Q17
3. JURUTEKNIK GRED J17
Permohonan menggunakan Borang MPB 2 (Pin. 1/2008) boleh diperolehi dari Ibupejabat Lembaga Lada Malaysia, Lot 1115 Jalan Utama, Pending, 93450 Kuching dan pejabat cawangan di Sibu, Sarikei, Sri Aman, Serian, Betong, Bintangor, Miri, Bintulu dan Johor Bahru.
Maklumat iklan jawatan kosong, senarai tugas setiap
jawatan dan borang permohonan jawatan juga boleh dimuat turun dari laman web kami di www.mpb.gov.my.
Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil akademik sebagaimana syarat kelayakan dan tulis
jawatan yang dipohon di sudut kiri sampul dan dialamatkan kepada:
Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
Peti Surat 1653
93916 Kuching, Sarawak
(u/p: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)
Bagi jawatan-jawatan di Sarawak, sesi temuduga akan dijalankan di Ibupejabat Lembaga Lada Malaysia di Kuching, manakala jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q17 di Johor Bahru, sesi temuduga akan dijalankan di Pejabat Wilayah Johor Bahru. Permohonan yang diterima lewat dan tidak lengkap akan ditolak.
Tarikh Tutup: 14 Januari 2011 (Jumaat, jam 5.00 petang)
No comments:
Post a Comment