HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Tips cek Teruna lelaki

Tips cek Teruna lelaki

jom la intip2 cara-cara nak mengenali teruna..baca sampai habis ye..hahaha…berjaga-jaga la lelaki..



Rupa-rupanya bukan sahaja wanita yang boleh diperiksa dara ataupun tidak, lelaki pun boleh diperiksa keterunaan mereka. Begitulah kehebatan seorang wanita Hanoi, Vietnam yang merupakan seorang pakar akupuntur, Pham Thi Hong menjadi selebriti apabila dia berjaya membantu membebaskan tiga lelaki yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan merogol setelah mereka didapati masih teruna.
 
Menurut agensi berita AP, pada mulanya, seorang pesalah itu, Nguyen Dinh Kien dirawat oleh wanita tersebut empat tahun lalu. Wanita itu kemudian mendapati terdapat beberapa bintik merah di belakang telinga lelaki itu yang menunjukkannya masih teruna sekali gus tidak bersalah merogol seorang gadis berusia 20 tahun pada 2000.
 
Dia kemudian mendapati dua lagi rakan lelaki itu mempunyai bintik sama yang menunjukkan mereka sebenarnya tidak pernah melakukan hubungan seks. Wanita itu kemudian melancarkan kempen untuk membebaskan mereka dan usahanya berjaya apabila Presiden Vietnam, Nguyen Minh Triet mengarahkan kes tersebut dibuka semula.
Hasilnya, ketiga-tiga lelaki berkenaan dibebaskan pada Januari lalu selepas para penyiasat mendapati terdapat kekurangan bukti dalam kes tersebut.
 
kesimpulannya…keterunaan boleh diperiksa melalui :
Bintik di belakang telinga itu hanya akan hilang selepas lelaki bersetubuh dengan wanita tetapi ia tidak terjejas jika hubungan seks sesama jantina.
 
“Ada titik merah kecil di belakang telinga ketiga-tiga kerana bintik itu akan hilang dengan sendiri jika mereka melakukan persetubuhan,” kata Hong.

2 comments:

Cik SHiNJU said...

Puas la nak membelek tinga lelaki pasni..hikhik :P

Aesya Zealous said...

okey. kene cek telinga diorang nih sblm buat pilihan yg betul..huahuahua

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...