HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Drama Bersiri Awan Dania 3

Drama Bersiri Awan Dania 3


"Ramai yang suka Scha sebagai Dania, seorang wanita yang cantik, tomboy dan sempoi membuatkan Dania sudah mempunyai pengikut sendiri. Kekuatan jalan ceritanya yang menarik iaitu menampilkan isu kerjaya dan cinta antara tarikan utama ia masih diminati ramai.

"Kita suntik kelainan pada musim ini seperti yang diketahui umum, iaitu peningkatan kerjaya Dania daripada pramugari syarikat penerbangan biasa kepada peribadi," katanya ketika ditemui pada majlis beramah mesra bersama pelakon AD3 di ibukota, baru-baru ini.

Meskipun ramai yang beranggapan sesebuah drama bersiri tidak mampu mengekalkan jumlah rating penonton yang memberansangkan, Azlin menafikan perkara tersebut.

"Rating AD semasa musim kedua amat mengalakkan. Untuk musim ketiga ini setelah ditayangkan pada penghujung bulan lalu turut menunjukkan peningkatan sebanyak 32 peratus. Kami yakin ratingnya akan terus meningkat selepas ini," jelasnya penuh yakin.

Mempamerkan keindahan tiga buah negara luar iaitu Korea, Australia dan Bali sebagai taruhan utama untuk memancing penonton, kesemua krew produksi turut mengakui berdepan dengan pelbagai cabaran ketika menjayakan pengambaran di sana.

Bagi pelakon utamanya, Scha Alyahya, dia secara peribadi berasa optimis bahawa drama bersiri sebanyak 26 episod itu masih menyengat serta dinantikan ramai.

1 comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...