Semuanya berlaku secara pantas. Ianya juga sama sekali tidak dirancang. Begitulah yang telah diluahkan penyanyi, Sarah Raisuddin mengenai pertunangannya bersama anggota Kumpulan Sepah, Shuib yang telah pun berlangsung pada 16 November 2010 lalu.
Tidak berniat ingin menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan umum, kata gadis genit berusia 26 tahun ini , pengalaman lalu telah banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati.
"Pertunangan itu berlaku secara tak sengaja. Sebenarnya kami pun ingat ianya hanyalah untuk merisik sahaja, alih-alih terus bertunang. Famili saya pun ramai yang tak datang. Tak ada niat punnak sembunyi pun hal ini, tapi ia memang berlaku tidak dirancang.
"Namun saya mengakulah pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk berhati-hati. Orang kata, kalau dah bertunang ni, macam-macam boleh jadikan dan belum tentu lagi segalanya akan berlaku seperti yang dirancang, yang penting nikah," katanya tenang mengulas mengenai kisah pertunangannya itu.
No comments:
Post a Comment