HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » SHAHIR af 8 ....jadi vampire....ala-ala twilight saga...

SHAHIR af 8 ....jadi vampire....ala-ala twilight saga...

Nampak gayanya, kebelakangan ini cerita-cerita yang bertemakan pontianak sememangnya menjadi kegemaran ramai penonton. Apa yang aku pelik , pontianak yang sepatutnya adalah simbolik kepada makhluk seram kini telah ditukar kepada imej yang lebih baik sehingga ada pulak yang dah syok kat pontianak.
Ambil contoh citer Twilight tu, sampai ada yang angau dekat Robert Patterson gara-gara wajah kacaknya (orang yang cakap, bukan Murai Batu). Populariti Twillight juga semakin bertambah selepas sekuel-sekuelnya dikeluarkan seperti New Moon dan Eclipse.
Satu lagi drama bertemakan pontianak ialah yang menarik perhatian  ialah The Vampire Diaries. Drama terkenal kat US ini mengisahkan Elena yang telah jatuh cinta dengan seekor (atau seorang) pontianak bernama Stefan. Pada masa yang sama, abang Stefan, Damon telah datang memburu adiknya disebabkan sejarah lama mereka berdua.



Keadaan menjadi lebih rumit apabila Damon turut jatuh cinta pada Elena kerana Elena mempunya wajah yang sama dengan bekas kekasihnya, Katherine yang juga dulu menjadi biah hati Stefan. Lebih mengejutkan, Katherine kemudian muncul dengan perancangan sendiri terhadap Elena, Stefan dan Damon.
Jadi apa kaitannya tiba-tiba aku nak bercerita pasal pontianak ni? Sebabnya ialah, dengar kata nanti akan ada drama baru bertemakan pontianak kat negara kita ni yang ala-ala The Vampire Diaries tuh. Produksi mana yang akan buat, aku tak tahu lagi sebab spy yang Murai Batu hantar alergik dengan pontianak jadi khabar tak sampai.
Tetapi dengar katanya, abang juara AF8 kita, Encik Shahir tu akan jadi salah satu pontianak dalam drama tu. Ya Encik Shahir yang bahagia dalam perpisahan dia tu. Mengenai watak-watak lain, Murai Batu tak tahu lagi tapi Murai Batu mesti akan sampaikan berita lanjut kalau dah ada sumber yang tak alergik pada pontianak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...