HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Nasha Aziz tak nak Jawab soal KAwen

Nasha Aziz tak nak Jawab soal KAwen

aku dah agak dah, kalau pasal kahwin, Nasha Aziz memang takkan cakap apa-apa. Buktinya, masa dia datang menjayakan acara penajaan Rafflesia The Pearl Centre dengan FFM23 di Butik Rafflesia di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini, Nasha lebih suka memperkatakan tentang kerjaya seninya terutama sekali bidang peragaan.





Lebih-lebih lagi bila dia kini sudah tekad untuk mengaktifkan semula dirinya dalam bidang yang lebih dulu diceburinya itu hingga mampu membantu memuncakkan lagi namanya sebagai salah seorang selebriti popular tanah air kita.


Tapi, biasalah dah tugas wartawan hiburan untuk bertanya bila Nasha akan mengakhiri zaman bujangnya dengan tunangnya, Iman Tang. Lebih-lebih lagi pada usianya yang kini sudah mencecah 39 tahun.

Bukannya apa. Kalau nak diikutkan Nasha dan pun punya segala-galanya. Dah ada kerjaya, nama, populariti serta lelaki yang betul-betul mencintainya dengan sepenuh hati.

Jadi, apa tunggu lagi?


Tapi, bak kata Nasha, sebagai wanita, siapalah dirinya untuk menjawab soalan tersebut. Adalah lebih baik jika soalan tersebut diajukan kepada Iman sendiri kerana dia lelaki.


Logik juga apa yang Nasha cakap tu. Sebab yang memulakan soal bab melamar ni, lelaki. Jadi, memang tepatlah kalau soalan itu dijawab oleh Iman. Tapi terdetik jugak di hati ni, takkanlah Iman tak pernah cakap apa-apa pada Nasha tentang bab kahwin ni.













Atau mungkin Iman dah cakap kot tapi Nasha yang saja tak mahu kongsi. Atau mungkin jugak diaorang memang masih betul bincangkan soal ni selagi diaorang tak pergi umrah.

Al-maklumlah sepatutnya Nasha mengerjakan umrah bersama-sama dengan tunangnya pada bulan Mei yang lalu. Tapi, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hasrat diaorang tu telah tertangguh.

Namun, Nasha tetap menyimpan impian untuk sekali lagi menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...