HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » PEngarah Filem THE best.....milik siapa?

PEngarah Filem THE best.....milik siapa?



Senarai Calon Top 5 bagi kategori Pengarah Filem Terbaik sempena penganjuran Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23), memang cukup dinanti-nantikan oleh seluruh warga pengamal industri perfileman, petugas media mahu pun penggemar filem tempatan.
Kerana di sebalik kejayaan sesebuah filem, ia takkan mungkin dapat direalisasikan tanpa sentuhan seorang pengarah atau sutradara. Dengan garapan yang baik, penyampaian cerita yang mantap serta kreativiti yang tak dijangka, kemampuan pengarah untuk menyampaikan visual sesebuah filem dalam bahasa yang mampu difahami semua golongan penonton adalah sangat penting.
Pada waktu yang sama, memastikan bahawa kualiti keseluruhan filem itu dapat dijaga supaya ia dapat meninggalkan nilai estetika serta impak yang berkesan terhadap penonton mahu pun industri perfileman secara keseluruhannya.
Akhirnya, pada hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Penjurian FFM23, Nancie Foo telah mengumumkan senarai Top 5 bagi kategori Anugerah Perdana tersebut.

Calon-calon Top 5 bagi Kategori Pengarah Filem Terbaik adalah seperti berikut:-
1. Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Adnan Sempit)
2. Farid Kamil (V3: Samseng Jalanan)
3. Jason Chong Chia Ben (Belukar)
4. Mamat Khalid (Estet)
5. Shamsul Datuk Yusof (Evolusi KL Drift)


Manakala barisan juri pula terdiri daripada :
1. Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin (Ketua Juri)
2. Panchacharam P.Nalliah
3. Dr. Naim Hj. Ahmad
4. Kamarudin Abu
5. Akmal Abdullah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...