ramai yang terperanjatkan bila membaca tajuk di atas ni. Tapi, tajuk ni bukan sekadar propah. Tapi, memang ia keluar sendiri daripada mulut Nur Iman Tang sendiri.
Semuanya gara-gara tentang pertanyaan wartawan terhadap Nasha Aziz sewaktu dia hadir di sidang media pembabitan Rafflesia Pearl Centre (Rafflesia) sebagai penaja sempena Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM 23) yang akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 24 Oktober ini nanti.
Sidang media itu dibuat di pejabat Rafflesia Pearl Centre (Rafflesia) di Hotel Park Royal, Lumpur dan ia telah dihadiri oleh ramai jurugambar serta petugas media daripada pelbagai penerbitan akhbar, majalah serta online.
Tumpuannya sudah tentulah terhadap Nasha. Lagipun ramai yang nak tahu, bila Nasha akan mengakhiri zaman bunjangnya serta mengahwininya buah hatinya, Nur Iman Tang. Tapi, Nasha agak keberatan untuk menjawabnya kerana soalan itu sepatutnya diajukan kepada Iman kerana dia pihak lelaki.
Jadi, beberapa teman media tekah bertanya Iman sendiri, bila agaknya dia nak memperisterikan teman wnaitnya, Nasha yang cantik jelita itu.
Pada mulanya, Iman sendiri memang cuba mengelak untuk memperkatakannya. Tapi, kemudian dia beritahu, ya ada kemungkinan pada Disember ini.
Tapi, itu pun kalau kedua-dua mereka tak sibuk serta mencapai persetujuan untuk mendirikan rumahtangga pada bulan tersebut. Tapi, kalau melihat pada jadual kerjaya mereka yang cukup padat, ada kemungkinan juga Disember itu mungkin akan berlalu begitu saja.
Apa-apa pun, kita serahlah sajalah pada Iman serta Nasha untuk mengumumkan sendiri tarikh perkahwinan mereka nanti. Kalau betul jadik pada Disember ni, Alhamdulillah. Murai Batu tumpang gembira. Bolehlah rasa nasi minyak Nasha dan Iman.
Kalau tak pun, kita tunggu sajalah. Kalau ada jodoh, pasti tak ke manakan. Yang penting, baik Nasha mahu pun Iman, kalau boleh mereka nak kerjakan umrah dulu.
No comments:
Post a Comment