HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » PROMOTE suits......RM 25 000...

PROMOTE suits......RM 25 000...

Malam gilang-gemilang Festival Filem Malaysia ke-23 yang akan berlangsung pada 24 Oktober ini, semakin bersinar dengan kemunculan 15 aktor kacak tanah air yang diberi penghormatan menggayakan sut rekaan istimewa daripada Lord's Tailor.
Sut yang menggunakan fabrik bernilai lebih RM3,000 setiap seorang itu, bakal diserlahkan pelakon-pelakon terhebat masa kini bermula di laluan permaidani merah FFM 23 sehingga berlangsungnya aturcara penuh glamor berkenaan.



sumber ** SYOK BAk HANG....




Antara aktor yang bakal menggayakan sut rekaan Lord's iaitu Kamal Adli, Fizo Omar, Rushdi Ramli, Zamarul Hisham, Syamsul Yusof, Que Haidar, Afdlin Shauki dan tidak ketinggalan pengacara FFM 23, Zizan.
Istimewanya kali ini, Lord's di bawah kepakaran Pengarah Pemasarannya, Kenny Loh memilih teknik slim fit bagi setiap rekaan 15 jejaka popular berkenaan sebagai melempiaskan kesempurnaan pada pemakaian sut setiap mereka.
"Sesuai dengan prestijnya acara FFM-23 bagaikan anugerah Oscar, kami memilih untuk melahirkan penampilan yang moden dan sophisticated bagi setiap aktor yang memakai sut ciptaan Lord's.
"Bukan saja dari segi rekaan dan potongannya yang mengikut susuk badan, malah pemilihan fabrik juga diambil kira.
"Sudah pasti di Lord's kami menyediakan fabrik yang berkualiti tinggi, bagaimanapun warna yang kami gunakan untuk mereka juga perlu menepati citarasa mode," kata Kenny kepada portal murai.com.my.
Beliau ditemui pada majlis pengumuman tajaan Lord's Tailor bersama-sama aktor yang mengambil bahagian di dalam FFM 23.
Tambah Kenny, bagi memenuhi permintaan dua pelakon muda Fizo dan Syamsul, dia telah memilih rona fabrik yang berbeza daripada aktor lain.
Menurutnya, Fizo akan menggayakan sut dari rona ungu yang akan memberikan kelainan kepada penampilannya sebagai aktor muda yang berpersonaliti periang lagi mencabar.
"Bagi Syamsul, dia mahukan imej yang lebih gentleman pada malam itu. Jadi dia sendiri telah memilih sut dari warna krim. Mungkin kerana dia mahu kelihatan berbeza daripada aktor-aktor yang lain.
"Apa yang penting ialah keselesaan dan keyakinan mereka dengan rekaan sut rekaan Lord's yang sentiasa dicipta khas untuk susuk tubuh mereka. Pasti segak dan bergaya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...