HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » SCHA al-yahya ....berenang ke AusTralia...

SCHA al-yahya ....berenang ke AusTralia...

korang tahu tak apa perkembangan drama bersiri Awan Dania selepas musim yang pertama dan yang kedua ditayangkan di Ria sebelum ini?
Untuk pengetahuan semua khususnya peminat Awan Dania, drama bersiri telah dilanjutkan hingga ke musim yang ketiga. Malah, penggambaran drama bersiri Awan Dania 3 ini pun tengah rancak dilakukan oleh pihak produksi.
Seperti biasa, drama bersiri ini masih lagi mengekalkan aktres Scha Al-Yahya sebagai teraju utamanya. Tetapi apa yang menarik, kali ini, shooting Awan Dania tidak hanya dilakukan di sekitar Kuala Lumpur atau kawasan di dalam Malaysia saja.
Sebaliknya, kali ini ia akan turut dilakukan di 2 buah negara iaitu Korea Selatan dan Australia
Penggambaran di beberapa buah lokasi di Korea Selatan termasuklah di Seoul sudah pun bermula beberapa hari lalu. Namun, ianya hanya melibatkan 3 orang pelakon saja iaitu Scha Al-Yahya sendiri dengan Gambit serta Jehan Miskin.











Kalau tidak silap, ketiga-tiga pelakon ini akan menjayakan penggambaran Awan Dania musim yang ketiga ini selama 2 minggu di sana. Murai Batu percaya tentu ramai peminat drama Korea yang seronok bila dapat tahu tentang maklumat ini.
Tentu ada yang dah pun membayangkan beberapa babak dalam daram Awan Dania musim ketiga ini menyerupai beberapa babak dalam drama bersiri Winter sonata terutama dari segi latar belakang serta pemandangannya.
Apapun, selepas Korae Selatan, ketiga-tiga mereka ini terbang ke Australia pula sebagai lokasi yang seterusnya. Nak tahu tak bila Awan Dania Musim Ke-3 akan ditayangkan di Ria? Kalau nak tahu, tunggu tarikh 22 NOvember 2010 nanti ya!

SYOK BAK HANG...HAHAHAHA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...