Rungutan tersebut bukannya tertumpu kepada pengendalian keseluruhan FFM23 semata-mata tetapi juga turut berkaitan dengan keputusan FFM23 itu sendiri yang dikatakan agak terlalu berat sebelah kerana terlalu banyak memenangkan filem terbitan KRU Studios.
Bukan setakat itu saja, FFM23 juga dilihat sebagai mahu menjaga hati banyak pihak. Maka kemenangan telah diagih-agihkan supaya semua pihak merasa anugerah tersebut.
Tetapi, apa yang menimbulkan kemarahan ramai ialah mengapa karyawan serta filem yang sepatutnya dijulang sebagai pemenang tidak diangkat di tempat yang sewajarnya?
Atas sebab itu, tidak hairanlah mengapa FFM23 kali ini mendapat kritikan yang cukup hebat serta dianggap sebagai joke of the year di kalangan penggiat serta pembikin filem yang sedia ada.
Keputusan FFM23 yang mengejutkan itu juga membuatkan pembikin-pembikin filem indiependant berasa jauh hati dan kecil hati. Salah seorang daripadanya ialah Mamat Khalid hingga dia didakwa tidak mahu bertanding lagi dalam festival yang akan datang?
Benarkah apa yang Mamat Khalid katakan ini? Atau ianya sekadar gurauan. Tapi, mungkin Mamat Khalid mempunyai sebab tertentu untuk mengeluarkan kenyataan yang penuh kontroversi sebegini.
Dalam pada itu, FFM23 juga telah dilihat sebagai agenda politik di kalangan pihak tertentu. Mengapa harus jadi begitu. Seni adalah seni dan ianya tidak harus dipolitikkan. Hal yang sama pernah disuarakan oleh Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee..
Apabila seni dipolitikkan, seni itu akan kehilangan kredibilitinya... Samalah dengan apa yang terjadi dengan FFM23 sekarang ini... Tapi, siapa yang harus menjawab persoalan ini? Siapa yang harus menangani keadaan ini?
No comments:
Post a Comment