dengan penuh semangat kesukanan aku dok depan tv pukul 1 pagi
tadi...gara2 nak tengok orang Sarawak beraksi di Olimpik London
2012...bagi sokongan kat orang senegeri dengan si kacak...ehek3... mula2
atlet yang berusia 19 tahun ni berada di tangga yang ke-10, masa tu aku
rasa macam upset gak la...tapi once dia dah buat terjunan yang
seterusnya, kedudukannya semakin naik...tu yang buat aku jadi happy
balik...
habis je terjunan yang ke-4, Pandalela berada di tempat ke-7...tapi bila
dia buat terjunan terakhir yang perfect. Pandalela dapat mata
keseluruhan 359.20 yang membolehkan dia membawa pulang pingat gangsa
selepas Brittany Broben (Australia) dapat perak dengan mata 366.50 dan
Chen Ruolin (China) dapat emas dengan mata 422.30.
bangga aku tengok dia ni walaupun umur dia just 19 tahun...dah harumkan
nama negara di sukan yang besoooo macam ni...plus, dia adalah atlet
wanita pertama yang sumbangkan pingat di sukan Olimpik...banggeeesss
lagi aku (tumpang bangga la...hehehe) selepas keputusan rasmi, Pandalela
dilihat menitiskan airmata...maybe sebab terlalu gembira dengan
kejayaan yang dilakarkan...hari ni seorang lagi atlet Malaysia yang
berasal dari Sarawak akan beraksi Bryan Nickson Lomas untuk acara 10m
platform lelaki... sekali lagi, tahniah buat Pandalela Rinong...
No comments:
Post a Comment