HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Rozita Che wan pakai tudung ?

Rozita Che wan pakai tudung ?



Minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan dan fesyen telah mendorong aktres jelita, Rozita Che Wan untuk terlibat dalam perniagaan pakaian muslimah yang diberi nama My Couture Sdn Bhd. 

Perniagaan yang dijalankan bersama rakan kongsinya, Hanim Sahrom selaku pengarah kreatif My Couture Sdn Bhd itu lebih menjurus kepada pembekal pakaian muslimah seperti jubah, tudung dan pakaian wanita 'ready to wear' untuk butik-butik terpilih.

Menariknya, Rozita Che Wan terlibat secara langsung dari pemilihan material, khususnya untuk rekaan produk mini tudung. Persoalannya, mampukah Rozita Che Wan mereka tudung sedangkan dia sendiri tidak bertudung?

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, semua tidak menjadi masalah padanya kerana sekurang-kurangnya kebolehannya itu dapat dapat dimanfaatkan dengan mendorong orang lain untuk bertudung.

"Saya dan Kak Hanim saling bertukar idea tentang rekaan pakaian di butik ini. Tetapi dia lebih fokuskan kepada rekaan pakaian batik dan jubah. Manakala saya pula banyak mereka design untuk mini tudung yang lebih moden sesuai untuk wanita yang mengikut peredaran zaman.

"Lagipun, saya rasa tidak menjadi masalah jika saya boleh mereka tudung untuk orang lain tetapi saya sendiri tidak bertudung. Mungkin, ini kelebihan saya. Setidak-tidaknya ia boleh dimanfaatkan kepada orang yang bertudung," jelasnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran My Couture Sdn Bhd di Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Rozita Che Wan juga akui dia kini sedang berdepan dengan jadual lakonan yang sangat ketat, sehingga terpaksa mengorbankan masa tidur untuk memberi komitmen terhadap dunia perniagaan fesyen yang baru diceburinya secara serius sejak awal tahun ini.

"Alhamdulilah, memang banyak sangat tawaran dan tuntutan berlakon untuk saya pada tahun ini. Namun, saya tetap perlu luangkan masa setiap tiga bulan sekali untuk pergi membeli dan memilih material yang sesuai bersama Kak Hanim di sekitar lembah Kelang.

"Lagipun, perniagaan ini sudah mempunyai pelanggan tetap. Kerana selain menjadi pembekal pakaian muslimah di beberapa butik tempatan, kami juga turut menerima tempahan dari Singapura, Dubai dan United Kingdom," katanya yang masih lagi menjalani penggambaran drama Diari Summer Camp bersama Shahir.

2 comments:

alexayussida said...

ade satu jenis tdung namanya tdung rozita che wan..errr sejak bile die pakai tdung..huhu harap2 terbukak pintu hati pakai terus

aref seven said...

bis tu pic kat atas tu bukan pakai tudung namanya....tips ni: tajuk entry mesti gmpak baru pembaca masuk blog kita..btol x

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...