Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan ketiadaan zuriat. Saya mengenali Sakinah sudah lama iaitu sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna,
Saya mengenali Sakinah sebelum saya mengahwini Dayana lagi. Kami bermula sebagai kawan biasa tetapi lama-kelamaan timbul satu perasaan seperti secret admirer. Saya mula rasa nak kahwin dengan dia. Jadi, saya kahwin sebab saya rasa nak kahwin
Itu satu keputusan yang susah untuk saya buat. Beribu kali saya berfikir. Saya rujuk dahulu pada ustaz dan pakar kaunseling. Saya bagitau pada Dayana dan keluarga mertua. Tetapi dalam tempoh itu, timbul pula perkara-perkara diluar jangkaan. Itu yang menyebabkan saya buat keputusan berkahwin di Thailand.
Dayana tidak tahu yang saya berkahwin di sana. Saya rancang nak beritahu dia pada keesokan harinya. Tapi belum sempat saya beritahu, dia sudah tahu dahulu kerana dia menjumpai tiket penerbangan saya. Apa nak buat… Tuhan nak tunjuk.
Saya tahu dia sedih dan terluka. Saya minta maaf banyak-banyak pada dia
Tambah Ashraf lagi, kini kedua-dua isterinya sedang dalam proses menerima antara satu sama lain. Ashraf juga mengaku akan cuba berlaku adil terhadap Dayana dan Sakinah.
Buat masa ini mereka masih lagi in progress (menerima antara satu sama lain). Sakinah juga tertekan apabila banyak pihak menyalahkan dirinya dan melemparkan tomahan padanya. Tapi saya nasihatkan kepada kedua-dua isteri saya supaya bersabar dan ikut cakap saya kalau mereka nak bahagia.
Saya juga ada perancangan untuk isteri-isteri saya. Saya tahu apabila berpoligami bukan mudah untuk kita berlaku adil.
Saya juga ingin memohon maaf kepada kedua-dua belah pihak keluarga. Kepada keluarga saya. Kepada para media dan peminat-peminat saya. Tapi saya terkejut juga bila ramai peminat yang datang kepada saya dan ucapkan tahniah kepada saya.
Saya juga berharap agar semua dapat mendoakan yang baik-baik. Saya tak pernah mengaibkan orang, jadi saya harap orang tidak mengaibkan saya ada keluarga saya
Panjang lebar penjelasan Ashraf Muslim kali ini. Diharap agar semua pihak berpuas hati. Semoga Ashraf betul-betul dapat berlaku adil. Jangan lebihkan isteri kedua seperti yang biasa dilakukan oleh orang lain. Sama-samalah kita doakan.
No comments:
Post a Comment