HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Resepi puding karamel

Resepi puding karamel

RESEPI PUDING  KARAMEL


sementara korang tunggu berbuka puasa tu... kurang2 la buat pekara yang mengerangkan pahala.

mai sini , cuba resepi ni... kalo girl yang buat... untung la bakal suami nanti..kalo boys yang buat, alamatnya bini goyang kaki la nanti...hahahaha

puding ni, kalo nak lebih menarik , latak la dalam acuan love ke, petak ke, bulat ke, bujur ke.. pastu letak cherry ke, strawbery ke..baru la teliur sesiapa yang melihatnya..peerrggh..!teliur aku


 

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...