HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » resepi lala masak cili padi

resepi lala masak cili padi


Kembali bersiaran... sebelum meneruskan hari-hari seterusnya esok,menulis diari di alam maya sebelum masuk tidur. .Di sini saya ingin berkongsi resipi Kepah masak lemak cili padi.Saya membelinya di pasar tani pada hari Jumaat yang lepas.






Bahan-bahan
  • 1kg kepah
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 5 biji cili api(jum.ikut suka)
  • 2 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit-di koyak
  • 3 batang serai -diketuk
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • garam dan sedikit gula jika suka
Cara membuatnya 
  • Bersihkan kepah dan toskan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, asam keping, serai, santan dan air ke dalam periuk.
  • Masak hingga hampir mendidih dan masukkan kepah, daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
  • Masak sekejap lagi hingga cengkerang kepah berubah warna kemerahan.
  • Padamkan api dan hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...