HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » Dalam Botol..punca Perang Blogger meletus

Dalam Botol..punca Perang Blogger meletus

Apa yang menarik, produsernya iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman telah mengadakan prebiu tersebut di hadapan lebih 50 orang blogger serta beberapa portal termasuklah murai.com.my sendiri.

Sampaikan  ada pulak beberapa rakan dari kalangan media cetak dan media elektronik yang berasa sentap. Sebab, tak dipanggil sama untuk prebiu awal ...Dalam Botol tersebut.
Sebenarnya, memang sengaja Raja Azmi buat macam tu. Sebab, nak bagi kelainan katanya. Tapi, itu tak bermakna Raja Azmi telah melupakan rakan-rakan daripada media cetak dan media elektronik.

Sebaliknya, apa yang diberitahu, prebiu untuk mereka akan diadakan dengan lebih vazz lagi pada satu tarikh khas yang akan dipilih nanti. Apapun, disebabkan ...Dalam Botol,  telah meletus perang blogger di antara kalangan blogger tempatan popular serta dikenali di dunia alam maya.
tak mahulah sebut nama-nama mereka kat sini. Tapi, ia khabarnya berlaku disebabkan seorang blogger ni yang kononnya tak begitu menggemari filem ...Dalam Botol.

Dia pun tulislah pandangannya itu di dalam blognya dan mempertikaikan beberapa scene yang ditonjolkan dalam ...Dalam Botol. Tapi, pandangannya itu tak begitu dipersetujui oleh beberapa blogger yang lain. Sebabnya, mereka berpendapat pandangannya itu tidak begitu kukuh dan seperkara lagi dia juga sebenarnya tidak begitu memahami keseluruhan cerita ...Dalam Botol.

Dia tidak memahami mengapa Ruby mampu bertukar menjadi lelaki sepenuhnya. Sebenarnya, watak Ruby atau Rubidin yang ditonjolkan dalam ...Dalam Botol arahan Khir Rahman ini adalah seorang gay.
Tetapi, bila dia berasakan teman lelakinya, Ghaus lebih menyukai dia sebagai seorang wanita, dia sanggup mengorbankan cintanya dengan menukar jantina. Malangnya, Ghaus sebenarnya lebih menyukai dia sebagai Rubidin.



Akhirnya, dia hilang segala-galanya termasuklah cinta dan dari situ, Ruby mula kembali sebagai Rubidin. Hingga akhirnya, dia jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Dina.

Macam itulah ceritanya.  harap korang faham dulu subjeknya tatkala menonton filem ni nanti. Tapi, Murai Batu dengar ramai yang suka dengan ...Dalam Botol. Patutlah, produsernya, Raja Azmi Raja Sulaiman asyik senyum panjang setiap masa.

1 comment:

dya adriza said...

Dulu masa cerita ni keluar, memang saya bantah betul3. macam x de tajuk lain je nak keluar.

Tapi bila tgk sinopsis cm bez, terus rasa tertarik. Haha tapi filem ni cm x de motif sgt. motif khas utk org gay je. yg x gay ni dtg sekadar hiburan je ekekeke..

nway, 1st time sampai sini. Nice blog =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...