HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

farid kamil dapat anak?


Tahniah, Diana Danielle Hamil Selepas 16 Hari Nikah!



Dalam Instagram Farid Kamil dia memanjatkan kesyukuran dengan mengemas kini fotonya dengan status " Alhamdulilah syukur...moga sempurna..amin,"

Manakala Diana Danielle bersyukur kerana pemberian itu merupakan hadiah hari jadinya yang bakal tiba pada 22 November ini dengan mengemas kini fotonya dengan status " The Most precious birthday present, thanks Allah SWT,"

Syukurlah pada mereka kerana dikurniakan cahaya mata yang agak cepat ya. Tak silap  macam baru sahaja mereka bernikah iaitu kira-kira dalam 16 hari yang lalu.
Nak kata cepat,  rasanya pelakon Fasha Sandha juga mengumumkan kehamilannya dengan agak cepat iaitu selepas 10 hari diijabkabulkan.

Berita ini mungkin akan mengundang pelbagai spekulasi atau fitnah orang tetapi  dinasihatkan tak usahlah kita pertikaian kerja dan ketentuan Tuhan. Rezeki itu semuanya datang daripadaNya.

Nampaknya Diana bunting pelamin lah pada hari persandingan mereka yang akan diadakan pada 30 November ini dan 12 Disember depan.

scha alyahya berdebar sambut raya


 Pertama kali mengikut suami beraya ke rumah mertua, pelakon jelita, Scha Al-Yahya akui berdebar untuk menyesuaikan dirinya untuk berjumpa keluarga besar Awal Ashaari pada hari raya pertama.

Scha Al-Yahya berkata Awal Ashaari mempunyai keluarga yang sangat ramai dan dia gusar kalau-kalau dia tidak dapat membiasakan diri dengan cara dan pendekatan keluarga mertuanya yang pasti berbeza daripada keluarganya.

"Kami akan sambut raya pertama kami di rumah keluarga Awal dahulu di Subang Jaya. Ini pertama kali saya akan berkumpul bersama-sama keluarga besar Awal di pagi raya.
"Teruja tu ada tapi sebenarnya saya lebih berasa agak gementar juga kerana,maklumlah ini kali pertama saya beraya dengan semua keluarga Awal kerana keluarganya sangat ramai dan bimbang saya tidak akan dapat menyesuaikan diri.

"Lagi satu apa yang membuatkan saya berdebar adalah bagaimana saya hendak menyesuaikan diri saya dengan cara dan adab mereka kerana setiap keluarga punya cara yang berbeza.
"Jika keluarga saya, mereka lebih bersikap terbuka dan moden. Takut pula saya membiasakan diri saya begitu apabila bersama keluarga Awal. Apa-apa pun saya sedia untuk mendalami cara dan pendekatan keluarga Awal sedikit demi sedikit," katanya 


Scha yang bergelar isteri kepada Awal Ashaari pada 4 Mei lalu, bagaiamanapun akan pulang beraya ke rumah keluarganya di Sri Hartamas serta kampungnya di Sungai Petani, Kedah selepas itu.
Sementara itu, Awal yang teruja untuk beraya di kampong Scha selepas pertama kali bergelar suami isteri berkata, dia seronok kerana semua persiapan rayanya banyak diuruskan oleh isteri tercinta.

"Persiapan raya kami bersederhana sahaja dan Scha adalah orang yang penting menguruskan kebanyakan kelengkapan untuk diri dan rumah kami. Menariknya rumah kami ada langsir raya baru yang bercorak-corak kerana masa zaman bujang dulu saya lebih suka pakai 'blind' kerana ia nampak ringkas.
"Namun kami tetap balik ke rumah keluarga untuk beraya. Kami tidak ada masalah dengan giliran balik kampung kerana saya tidak ada kampung dan rumah emak pun di Subang saja. Tahun ini pada hari raya pertama, kami akan beraya di rumah keluarga saya dahulu di Subang dan selepas itu beraya ke rumah keluarga Scha di Sri Hartamas.

"Menyusul selepas itu, barulah kami pulang ke kampung Scha di Sungai Petani, Kedah. Saya juga seronok nak beraya di rumah keluarga Scha kerana mahu merasai keindaan serta nikmat beraya di kampung," jelasnya.
Scha dan Awal bakal bercuti Raya selama dua minggu sebelum mereka kembali berkerja dengan urusan masing-masing.

pandalela rinong menang gangsa

dengan penuh semangat kesukanan aku dok depan tv pukul 1 pagi tadi...gara2 nak tengok orang Sarawak beraksi di Olimpik London 2012...bagi sokongan kat orang senegeri dengan si kacak...ehek3... mula2 atlet yang berusia 19 tahun ni berada di tangga yang ke-10, masa tu aku rasa macam upset gak la...tapi once dia dah buat terjunan yang seterusnya, kedudukannya semakin naik...tu yang buat aku jadi happy balik...
habis je terjunan yang ke-4, Pandalela berada di tempat ke-7...tapi bila dia buat terjunan terakhir yang perfect. Pandalela dapat mata keseluruhan 359.20 yang membolehkan dia membawa pulang pingat gangsa selepas Brittany Broben (Australia) dapat perak dengan mata 366.50 dan Chen Ruolin (China) dapat emas dengan mata 422.30.
 
 
bangga aku tengok dia ni walaupun umur dia just 19 tahun...dah harumkan nama negara di sukan yang besoooo macam ni...plus, dia adalah atlet wanita pertama yang sumbangkan pingat di sukan Olimpik...banggeeesss lagi aku (tumpang bangga la...hehehe) selepas keputusan rasmi, Pandalela dilihat menitiskan airmata...maybe sebab terlalu gembira dengan kejayaan yang dilakarkan...hari ni seorang lagi atlet Malaysia yang berasal dari Sarawak akan beraksi Bryan Nickson Lomas untuk acara 10m platform lelaki... sekali lagi, tahniah buat Pandalela Rinong...

baskin robin free



Ramai yang kecewa dengan kekalahan tipis Datuk Lee Chong Wei yang gagal membawa pulang pingat emas . Tak kurang juga yang kecewa kerana tak dapat menikmati ais krim percuma dari Baskin Robbins. Tapi, mungkin selepas membaca entry ini anda bakal tersenyum.

Walaupun wira negara, Datuk LCW kalah tipis dan gagal menang dalam perlawanan tersebut, pihak Baskin Robin tetap akan memberikan aiskrim percuma kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menunjukkan tanda sokongan kepada semua atlet Malaysia yang berjuang di Olimpik dan bukan LCW seorang sahaja.

tahniah dato lee chong wei walaupon kalah, anda lah juara di hati malaysia

Baskin Robbins dengan kerjasama Media Prima Bhd dalam program “ Dream of Gold” akan memberikan satu scoop aiskrim percuma kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama , politik atau apa saja. Semua rakyat malaysia layak . Aiskrim percuma akan mula diberi jam 8.00pm sehingga 10.00pm pada 8 Ogos 2012 di semua cawangan Baskin Robbins kecuali Kiosk di Hospital Pantai Bangsar dan Genting Theme Park. Jom serang BR ramai ramai pada 8 Ogos nanti.

kisah hantu


Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.
Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.
Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.
Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:
“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
“Mana ada, semua dah tidur la..”
“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”
“….”
Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..
Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.


Rita rudaini pentingkan anak anak




                     

Mengakui dirinya kini lebih gembira berbanding sewaktu bergelar isteri kepada Aidil Zafuan, Rita Rudaini memberitahu dia sememangnya tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

Malah, Rita Rudaini tanpa berselindung menyatakan segala persiapan hari raya sudah pun disiapkan sepenuhnya sebelum menjelang ramadan lagi.

"Saya tidak tahu kenapa. Saya betul-betul rasa gembira sangat dan tidak sabar nak menyambut hari raya dengan anak-anak tahun ini.

"Disebabkan sudah terlalu gembira, saya sudah pun siapkan baju raya untuk kedua-dua anak saya. Saya juga telah belikan 2 pasang baju Melayu dan 2 pasang baju kasual untuk mereka.

"Untuk baju Melayu, tema warna kami adalah ungu (purple). Selama ini pun, Rita tidak pernah tempah baju raya. Tetapi tahun ini, Rita dah tempah sampai 4 pasang baju raya," katanya yang menyediakan persiapan raya tanpa Aidil.

Terus bercerita mengenai sambutan lebaran nanti, Rita Rudaini mengakui berasa lebih selesa mengenakan baju kurung berbanding baju kebaya.

"Sebelum ini pun, kalau saya beli baju raya siap, hanya sepasang saja. Tetapi tidak seperti tahun ini. Rita suka pakai baju kurung dan tahun ini saya menempah untuk baju kurung moden.

"Terus-terang, saya happy gila sampaikan hanya berfikir dan beraya serta terlalu teruja nak sambut raya. Rasa happy ini tidak seperti sambutan raya sebelum ini," 

Dalam pada itu, Rita mengakui anaknya Ryan,3 tahun pernah menyaksikan depan mata dia menangis sewaktu berdepan dengan dugaan rumahtangga.
"Sebagai ibu, kalau boleh Rita tak mahu anak-anak tahu Rita susah hati atau pun sedang sedih.

lagu raya uji& hair amir

aku x keja hari ni ..hooray..bleh update blog. duduk sorang2 je ni. member member semua p shopping baju raya.. korang puasa penuh x? ish ish jangan ponteng taw. nanti x dapat ang pau hehe

sekarang ni ... solat terawih pon ..tinggal 4 saf je...mana la yang laen kan. mmm semua sibuk membeli persiapan hari raya.. macam aku tahun ni , x beli apa apa lagi. tunggu malam last 30 puasa baru beli agaknya... malam2 last ni peniaga mesti lelong habis..kan2...

aku nak tema merah tahun ni... x taw la. sapa la yang baik hati nak belikan aku baju raya .kan2..

papepon jom layan lagu nih...






wah..best gak kalo pilih yang ni...

dulu masa kecik kecik mak aku suruh tempah je murah rm30 sepasang. skang dah besar aku pilih je yang dah siap. ala kita lelaki kan. sarung je la apa susah susah.

nasib aku lelaki , kalo girl nak kena beli tudung ARIANI la, FARIDA la..baju nak yang ketat la..nak yang belah la..itu la ini la..arghhh eee pening
make up la...hehe saje kutuk ..jangan marah ye..

nanti raya mintak maaf..

aku suka dia Ainan Tasnem

pergh...ni pon artis you tube, sekejap je dorang naek jadi artis kan. bila la agaknya aku nak masik you tube nih...hahaha berangan jap


malam tadi aku x tido, duk buat header baru..xtaw la cantik ke buruk . ni baru bangun kul 12..heheh nasib hari ni cuti. besok baru aku kerja. tutorial law x buat lagi...arrgghh malasnya badan dan otak ni nak berfikir..


kawan kawan...! tengah duk dalam selimut lagi ke? huhuhu hari ni nak berbuka apa erk ? hari hari ayam percik, bosan gak, sekali sekala naj tukar menu... apa! telur kicap... mmm sahur boleh la.. ni nak berbuka cari yang best best sikit, tapi ala kadar je la...nanti aku bg taw korang ye, menu apa best hari ni...


jum layan...Ainan Tasnem



Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. hebat la si Ainan ni. aku ni pon nak maen gitar sampai luka tangan di buatnya...tapi x pa, aku kan cuba lagi

papepon ....TAHNIAH AINAN

untuk dia Sleeq & Najwa Latif

aref mempersembah kan....Untuk DIA


 


hampir mencecah 3 juta orang menontonnya..

teruskan najwa latif ...chaiyok !

bila lah agaknya nya famous macam dia..heheh jeles plak aku

aku memang suka lagu si najwa , sampaikan dapat lah aku kod gitar dia..
apa apa pon tahniah najwa latif


kelebihan sahur

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim
Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

 
Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:


· Menuruti sunnah;

· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

· Menambah kekuatan untuk beribadat;

· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.






petua: sapa malas sahur simbah je dgn air 

selamat bersahur !



menu berbuka puasa

kruttt...kruuuttt..krut... bunyi perot aku nih...  dalam kelas tadi terbanyang2 menu apa nak makan ptang nih.. nak fokus pon susah tadi , asyik kena cubit je ngan awek sebelah..sebab aku termenung lama sangat..hehehe

nanti pkul 6 , nak p bazar depan i-city.. mcam mcam nak makan .tapi takot x abis plak..mmmm korang tuh, beli ke masak sendiri ? wah wah rajinnya masak sendiri, ke buli mak kat dapur tu . suruh masak itu ini ..ish ish manje sungguh korang ye.. untung la sapa duduk ngan family. aku ni dapor ada, cuma x pandai masak je. masak nasi reti la..huk huk

masa puasa ni, malas giler nak p gym. kadang2 kerja petang. mmm alamatnya berlemak le aku .. xpa xpa puasa sebulan je.  tapi kan , bila puasa bukan aje dapat pahala, kurus pon boleh gak.. untung la kaum hawa, aku tengok semalam member aku bawak bekal p kerja pagi2...telan air liur aku ..korang pose penuh x? jgan curik2...x baek taw

antara makanan yang melayang di fikiran aku ptang ptang ni...jeng jeng

ayam percik ni ..rm3.oo je...xtaw la kat tempat korang berapa..


kat tempat aku, karipap ni rm2.50. sedap gak ada inti kari ayam, ketan n telur, sardin .best la layan je masa berbuka ..



TIP: KALO NAK AIR FREE, DATANG KAT BAZAR MASA DEKAT2 NAK AZAN

BTOL ....DORANG NI LELONG MAKANAN ..yela kalo x abis, doang pon buang jgak

baek korang p bazar masa nak azan, dapat air free macam aku..hehehe

apa ? nak satu..mai la amek ni

sex punca awek muda


Khas untuk korang yang dah kawen, tapi yang belum kawen tu jangan noty noty yerk.. duk diam2!! erp .. erm..sapa sapa nak ngantok tu... boleh la baca tips2 ni..mesti korang fresh ! hahaha
Ramai yang tak tahu  baru tahu seperti saya seks ini sebenarnya penawar kepada masalah untuk tidur, meredakan stress, hah lagi mengeluarkan peluh dan lagi nah untuk anda kaum perempuan ”seks merupakan penyumbang kecantikan seseorang wanita”. ahaha. Percaya atau tidak, sila search google yer semua. heh! Sebenarnya sebelum saya baca tentang seks awet muda ini, saya pernah bertanya pada seorang sedara saya yang mempunyai banyak jerawat sebelum kahwin. ” eyla, apsal muka ko dah takde jerawat langsung eh?” jawapan spontan dia ” Mana tak licin, muka aku selalu dibasuh dengan air lelaki”. ahaha. Mahu saya terkedu aka terpegun lagi tergamam. ahaha.
Seks merupakan ubat penenang paling selamat di dunia. Aktiviti seks yang dilakukan dengan nyaman, tenang dan cool akan mengurangkan risiko anda daripada terkena bintik merah pada kulit. ahaha. Abislah lepas ini, semua orang nak kahwin cepat. heh! Peluh aka air cinta yang dikeluarkan semasa anda bercinta akan membuka liang pori2 dan membuatkan kulit berkilau juga tampak merah berseri.
Kenapa yer seks ini selalu dikaitkan dengan kecantikan? Fakta mengatakan semasa seseorang wanita itu melakukan tuuutttt, ahaha * gelak dulu puas2” badan mereka akan mengeluarkan hormon estrogen yang menghasilkan rambut bersinar dan kulit semakin halus. ”Perempuan saja ker?” Mana adil! heh!
Apabila anda bercium secara ghairah”sila jangan imagine” sebenarnya telah membantu mencuci gigi anda dan pasangan supaya bersih dan berkilat yer. ahaha. Malahan ciuman seksianda itu telah mengurangkan penyebab kepada gigi berbau dan mencegah aktiviti plak gigi. Fuhh, kena kerap bercium la lepas ini yer. ahaha. kantoi!

memori si bujang aref



hai korang...baru balik teraweh ke? untung la . aku baru balik kerja..penat sikit la melayan kerenah customer. nak ini , nak itu...dah beli ..nak tukar pulak ..mmmm macam2

hari ni menu berbuka aku nasi putih n ayam percik, pastu tetiba kak ina belanje KFC plak. pergh mau buncit perot aku. untung la kita, dapat bos yang baik hati. makan2 gak, keja kena jalan. kan kan huhuhu

skang tengah konfius, sama ada nak beraya kat shah alam ke atau nak balik gerik  kampung halaman. tahun lepas pon aku x balik . terpaksa raya di kota raya ni. macam mana erk... kena kol ustaz azhar idrus ni..."ustaz ustaz , solat istikharah mcam mana niat dia"...hehehe oh macam tu ya ustaz..kah kah kah

ish ish ish, nak sahur ape erk ? mmmm ayam KFC ada lagi...bedal je lah.. aku ni liat sikit nak bangun. kadang kadang sahur..kadang kadang x...nasib badan la.. harapkan member aku kejot... tau dia cakap ape! "laaaa kenapa ko x pesan suruh kejot"...asam jawa tol si fahmi ni...ish ish 

puasa tahun ni agak tenang sekali, selalu puasa kat kedah je..ni merasa kat shah alam. suasana nye sama je... ada bazar, ada trafik jem.. cuma kat sini x panas mcam kat kedah..best best 

TO BLOGER BARU.... kalo korang nak tips2 tarik follower .search aje kat blog aku ... jangan segan silu..ikot je tips , pasti berjaya...k... 

SELAMAT BERSAHUR....

Datuk besi buruk tipu dato seri







PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang lagi ahli perniagaan membabitkan cek bernilai RM2.5 juta tahun lepas.

Datuk Syed Ahamed Malik Syed Hamid (gambar), 59, didakwa memperdayakan Datuk Seri Lee Wan Beng, 62, dengan menyamar sebagai wakil jualan barangan kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua keping cek masing-masing RM500,000 dan RM2 juta.

Tertuduh yang menjalankan perniagaan barangan lusuh dan produk halal dipercayai menyamar sebagai wakil syarikat Minat Jasa Sdn. Bhd. yang menawarkan kontrak penjualan barang-barang lusuh dan berjadual kononnya kepunyaan KTMB di Bengkel Sentul serta tiga depoh lain di Pelabuhan Klang, Selangor; KL Sentral, Kuala Lumpur dan Falim, Perak.

Kontrak yang mengambil tempoh selama dua tahun itu bagaimanapun sebenarnya tidak wujud.

resepi lala masak cili padi


Kembali bersiaran... sebelum meneruskan hari-hari seterusnya esok,menulis diari di alam maya sebelum masuk tidur. .Di sini saya ingin berkongsi resipi Kepah masak lemak cili padi.Saya membelinya di pasar tani pada hari Jumaat yang lepas.






Bahan-bahan
  • 1kg kepah
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 5 biji cili api(jum.ikut suka)
  • 2 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit-di koyak
  • 3 batang serai -diketuk
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • garam dan sedikit gula jika suka
Cara membuatnya 
  • Bersihkan kepah dan toskan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, asam keping, serai, santan dan air ke dalam periuk.
  • Masak hingga hampir mendidih dan masukkan kepah, daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
  • Masak sekejap lagi hingga cengkerang kepah berubah warna kemerahan.
  • Padamkan api dan hidangkan panas-panas.

hafiz af kena saman RM 200 ribu



Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu ‘Awan Nano’ hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya
Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000

Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara
Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya

Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya
Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya

Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenarai hitam daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media

Oleh itu, Nur Haniza menuntut gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teruk, gantirugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah

kim karsashian bogel di twiter ?


Untuk informasi anda semua, Kim Kardashian dan Kanye West telah menjadi pasangan kekasih secara terbuka sejak 4 bulan yang lalu. Kini heboh pula 1 dunia pasal Kanye West tweet naked photo of Kim Kardashian di Twetter semalam. Seperti kalian lihat gambar tersebut mempamerkan bahagian punggung Kim Kardashian yang tengah menikmati BANANA! LOL. Bagaimana pun, penyanyi rap itu dengan segera membuang gambar kontroversi berkenaan setelah ia mendapat respond yang mengila daripada netizen. Pemandangan sebegini tak asing untuk Kim Kardashian kerana sebelum dia pernah tampil bogel sebagai gadis penghias kulit majalah W. Dan tak lupa juga, Kim Kardashian amat popular dengan video seksnya bersama Ray J sekitar akhir tahun lepas.





lisa surihani jual baju


Semakin ramai nampaknya berminat dengan barangan preloved atau pra-guna dan semakin ramai jugalah yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan menguntungkan ini.

Pelakon popular, Lisa Surihani misalnya merupakan salah seorang daripada individu yang berminat dengan perniagaan preloved apabila dia sanggup menyumbangkan baju kurung pra-guna miliknya untuk dijual secara online.

Menggunakan medium laman web friendlyfashion.my iaitu laman web beli-belah terbaik tahun ini, pelakon Ombak Rindu itu telah menyertai kempen For the Love of Preloved di mana hasil jualan pakaian preloved miliknya akan disumbangkan bagi tujuan kebajikan.


"Sudah lama saya teringin menyertai usaha yang menarik minat saya. Antara usaha tersebut termasuklah berkongsi pakaian pra-guna saya di friendlyfashion.my kerana ia membolehkan saya berhubung dengan gadis-gadis lain yang lebih gemar berkongsi pakaian berbanding menyimpannya dalam keadaan tidak dipakai," katanya dalam satu kenyataan.

Menyertai Lisa Surihani bagi menjayakan kempen berkenaan ialah personaliti TV, Rina Omar,pelakon Sharifah Sofia dan juga Belinda Chee.

Pentadbir laman web berkenaan, Diyanah Hashim berkata pihaknya mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada golongan selebriti sekali gus menjadi faktor bagi kejayaan kepada kempen berkenaan.
"Semestinya, kami cuba untuk mendapatkan lebih banyak selebriti untuk turut serta dalam usaha kami ini kerana sambutan yang kami terima setakat ini sangat baik.

"Walaupun baru sehari dilancarkan, tapi dua helai baju kurung Lisa Surihani telah pun dijual. Nasib baik kami mengemas kini setiap hari, agar ada baju untuk dijual sepanjang bulan Ramadhan ini," kata Diyana Hashim.
Sementara itu, pengacara TV, Rina Omar berkata tiada gunanya untuk menyimpan pakaian yang tidak lagi digunakan. Sebaliknya lebih baik menjualnya atau diberikan kepada orang lain yang dapat memakainya.

"Saya akan memberikan dua helai baju kurung saya yang sebenarnya sangat saya gemari, tetapi saya sudah tidak muat. Saya berharap akan ada seseorang yang dapat menjaga baju kurung tersebut dengan baik kerana baju-baju tersebut begitu istimewa buat saya," katanya.

Friendlyfashion.my yang baru-baru ini telah dianugerahkan 'Online Shop of the Year'' oleh DiGi WWWOW Awards.

Semua keuntungan kempen itu akan disumbangkan kepada Women's Aid Organization. Untuk menyokong kempen Love for Preloved, sila layari www.friendlyfashion.my

budak 14 tahun kawin ! panas


Perkahwinan Syafiq dan Yana budak berusia 16 tahun dan 14 tahun menggemparkan negara ini. Ramai yang membuat kesimpulan bahawa kahwin pada usia sebegini adalah sangat terburu-buru. Pelbagai soalan timbul bagaimana adik ini ingin menyara dan fokus kepada pembelajaran jika sudah berkahwin pada umur muda. Jika dipandang dari aspek dan sudut agama, ianya adalah dibenarkan sama sekali kerana dapat menghindari maksiat. Apapun, kita patut puji sikap adik Syafiq yang berani ambil risiko dan mendirikan rumah tangga walaupun umur  masih mentah.




Sumber: Perkahwinan Syafiq (16 Tahun) Dan Yana (14 Tahun) Luar Biasa | melvister.com 

Resepi puding karamel

RESEPI PUDING  KARAMEL


sementara korang tunggu berbuka puasa tu... kurang2 la buat pekara yang mengerangkan pahala.

mai sini , cuba resepi ni... kalo girl yang buat... untung la bakal suami nanti..kalo boys yang buat, alamatnya bini goyang kaki la nanti...hahahaha

puding ni, kalo nak lebih menarik , latak la dalam acuan love ke, petak ke, bulat ke, bujur ke.. pastu letak cherry ke, strawbery ke..baru la teliur sesiapa yang melihatnya..peerrggh..!teliur aku


 

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je


kelebihan bulan ramadhan




 Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-




1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.


2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.


3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.


4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.


5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.


6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.


7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.


8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.


9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.


10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.


11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Biografi


1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.


2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani


3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...