Kes Gaduh Setapak 14 Ahli Geng 08 dan Geng 18 Ditahan
Polis menahan 14 suspek bersama empat botol petrol, lima bilah
parang, dua batang besi, empat batang rotan dan satu wayar kabel selepas
dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Setapak semalam. Timbalan Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, ACP Khairy
Ahrasa berkata, 14 suspek lelaki yang berusia lingkungan 19 dan 30
tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan.
Beliau berkata, dalam kejadian 3.30 pagi itu, unit rondaan bermotosikal
polis terserempak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Ayer
Panas, Setapak dan pemeriksaan mendapati mereka membawa empat botol
petrol, sumbu serta pemetik api. “Hasil siasatan mendapati dua lelaki
itu cuba membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang bergaduh dengan
mereka di sebuah restoran di kawasan tersebut.
“Berikutan itu, kita menahan 12 lelaki lagi di Taman Danau Kota di
sini,” katanya. Khairy berkata siasatan awal mendapati 14 suspek itu
dipercayai anggota kongsi gelap ‘Geng 08′ dan ‘Geng 18′ yang disyaki
bergaduh kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain. Seorang daripada suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah dalam kes samun di sekitar ibu kota, katanya.
No comments:
Post a Comment