HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Home » aidil zafuan sudah hilang sabar

aidil zafuan sudah hilang sabar

ohartis-aidil-zafuan-1
Semalam, kecoh lagi kisah rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan berikutan kenyataan yang dikeluakan Rita di media, sehingga mengundang serangan balas kenyataan dari Zaquan Adha yang juga kembar Aidil di Twitter miliknya.
Terlalu banyak kenyataan yang dihamburkan oleh Rita tetapi Aidil hanya diam membisu. Namun, akibat sudah tidak tahan lagi diasak dengan serangan yang bertubi-tubi keatasnya dan keluarga, Aidil tampil meluahkan segalanya.
Mengulas segala tuduhan Rita terhadapnya, Aidil mendakwa Rita berbohong ketika memberikan kenyataan di media. Tuduhan Rita bahawa dia tidak memberi nafkah kepada anak-anaknya adalah tidak benar. Menurut Aidil, dia sentiasa memberikan nafkah kepada anak-anaknya tetapi Rita yang sering merungut kerana menganggap nafkah yang diberikan tidak mencukupi untuk mereka.
Aidil juga turut memberitahu, Rita hanya berkata benar ketika berada di dalam Mahkamah tetapi tidak ketika mengeluarkan kenyataan di media semata-mata untuk memburukkannya.
“Saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anak setiap bulan. Semua bukti pemberian nafkah anak ada saya simpan. Sebelum ini, dalam perbicaraan mahkamah, hakim ada tanya dia, adakah saya memberikan nafkah kepada anak anak?
“Rita jawab ada tetapi apabila memberikan kenyataan kepada media, dia tidak menyatakan perkara sebenar,” jelas Aidil Zafuan.
“Apabila sudah menyediakan nafkah untuk anak anak, jangan kata nak ucapkan terima kasih, dia boleh pula beritahu nafkah saya beri tidak cukup. Berapa banyak yang dia hendak sebenarnya?”
Sementara mengulas mengenai isu setiap keputusan yang dibuat sebenarnya turut dipengaruhi oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Zareema, jawab Aidil
“Tiada siapa yang pengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini dia (Rita) tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa. Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini lahir dari hati saya. Buat apa saya hidup dengan orang yang pentingkan diri sendiri seperti dia? Saya juga mengimpikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.
“Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban.
“Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika ibu bapa saya tidak terima saya, takkan lah mereka datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masing, saya terpaksa beraya seorang diri. Tapi bila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi, berapa lama lagi saya harus bersabar?, katanya.
“Apa yang boleh saya katakan, saya sudah hilang sabar dengan tindakan Rita selama ini. Kesabaran saya ada hadnya”
Sama seperti Rita yang akan memastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Aidil juga berkata dia bertekad dan akan memastikan dirinya juga ada hak ke atas kedua-dua zuriat mereka itu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...