HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

Datuk besi buruk tipu dato seri







PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang lagi ahli perniagaan membabitkan cek bernilai RM2.5 juta tahun lepas.

Datuk Syed Ahamed Malik Syed Hamid (gambar), 59, didakwa memperdayakan Datuk Seri Lee Wan Beng, 62, dengan menyamar sebagai wakil jualan barangan kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua keping cek masing-masing RM500,000 dan RM2 juta.

Tertuduh yang menjalankan perniagaan barangan lusuh dan produk halal dipercayai menyamar sebagai wakil syarikat Minat Jasa Sdn. Bhd. yang menawarkan kontrak penjualan barang-barang lusuh dan berjadual kononnya kepunyaan KTMB di Bengkel Sentul serta tiga depoh lain di Pelabuhan Klang, Selangor; KL Sentral, Kuala Lumpur dan Falim, Perak.

Kontrak yang mengambil tempoh selama dua tahun itu bagaimanapun sebenarnya tidak wujud.

resepi lala masak cili padi


Kembali bersiaran... sebelum meneruskan hari-hari seterusnya esok,menulis diari di alam maya sebelum masuk tidur. .Di sini saya ingin berkongsi resipi Kepah masak lemak cili padi.Saya membelinya di pasar tani pada hari Jumaat yang lepas.






Bahan-bahan
  • 1kg kepah
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 5 biji cili api(jum.ikut suka)
  • 2 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit-di koyak
  • 3 batang serai -diketuk
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • garam dan sedikit gula jika suka
Cara membuatnya 
  • Bersihkan kepah dan toskan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, asam keping, serai, santan dan air ke dalam periuk.
  • Masak hingga hampir mendidih dan masukkan kepah, daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
  • Masak sekejap lagi hingga cengkerang kepah berubah warna kemerahan.
  • Padamkan api dan hidangkan panas-panas.

hafiz af kena saman RM 200 ribu



Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu ‘Awan Nano’ hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya
Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000

Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara
Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya

Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya
Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya

Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenarai hitam daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media

Oleh itu, Nur Haniza menuntut gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teruk, gantirugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah

kim karsashian bogel di twiter ?


Untuk informasi anda semua, Kim Kardashian dan Kanye West telah menjadi pasangan kekasih secara terbuka sejak 4 bulan yang lalu. Kini heboh pula 1 dunia pasal Kanye West tweet naked photo of Kim Kardashian di Twetter semalam. Seperti kalian lihat gambar tersebut mempamerkan bahagian punggung Kim Kardashian yang tengah menikmati BANANA! LOL. Bagaimana pun, penyanyi rap itu dengan segera membuang gambar kontroversi berkenaan setelah ia mendapat respond yang mengila daripada netizen. Pemandangan sebegini tak asing untuk Kim Kardashian kerana sebelum dia pernah tampil bogel sebagai gadis penghias kulit majalah W. Dan tak lupa juga, Kim Kardashian amat popular dengan video seksnya bersama Ray J sekitar akhir tahun lepas.





lisa surihani jual baju


Semakin ramai nampaknya berminat dengan barangan preloved atau pra-guna dan semakin ramai jugalah yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan menguntungkan ini.

Pelakon popular, Lisa Surihani misalnya merupakan salah seorang daripada individu yang berminat dengan perniagaan preloved apabila dia sanggup menyumbangkan baju kurung pra-guna miliknya untuk dijual secara online.

Menggunakan medium laman web friendlyfashion.my iaitu laman web beli-belah terbaik tahun ini, pelakon Ombak Rindu itu telah menyertai kempen For the Love of Preloved di mana hasil jualan pakaian preloved miliknya akan disumbangkan bagi tujuan kebajikan.


"Sudah lama saya teringin menyertai usaha yang menarik minat saya. Antara usaha tersebut termasuklah berkongsi pakaian pra-guna saya di friendlyfashion.my kerana ia membolehkan saya berhubung dengan gadis-gadis lain yang lebih gemar berkongsi pakaian berbanding menyimpannya dalam keadaan tidak dipakai," katanya dalam satu kenyataan.

Menyertai Lisa Surihani bagi menjayakan kempen berkenaan ialah personaliti TV, Rina Omar,pelakon Sharifah Sofia dan juga Belinda Chee.

Pentadbir laman web berkenaan, Diyanah Hashim berkata pihaknya mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada golongan selebriti sekali gus menjadi faktor bagi kejayaan kepada kempen berkenaan.
"Semestinya, kami cuba untuk mendapatkan lebih banyak selebriti untuk turut serta dalam usaha kami ini kerana sambutan yang kami terima setakat ini sangat baik.

"Walaupun baru sehari dilancarkan, tapi dua helai baju kurung Lisa Surihani telah pun dijual. Nasib baik kami mengemas kini setiap hari, agar ada baju untuk dijual sepanjang bulan Ramadhan ini," kata Diyana Hashim.
Sementara itu, pengacara TV, Rina Omar berkata tiada gunanya untuk menyimpan pakaian yang tidak lagi digunakan. Sebaliknya lebih baik menjualnya atau diberikan kepada orang lain yang dapat memakainya.

"Saya akan memberikan dua helai baju kurung saya yang sebenarnya sangat saya gemari, tetapi saya sudah tidak muat. Saya berharap akan ada seseorang yang dapat menjaga baju kurung tersebut dengan baik kerana baju-baju tersebut begitu istimewa buat saya," katanya.

Friendlyfashion.my yang baru-baru ini telah dianugerahkan 'Online Shop of the Year'' oleh DiGi WWWOW Awards.

Semua keuntungan kempen itu akan disumbangkan kepada Women's Aid Organization. Untuk menyokong kempen Love for Preloved, sila layari www.friendlyfashion.my

budak 14 tahun kawin ! panas


Perkahwinan Syafiq dan Yana budak berusia 16 tahun dan 14 tahun menggemparkan negara ini. Ramai yang membuat kesimpulan bahawa kahwin pada usia sebegini adalah sangat terburu-buru. Pelbagai soalan timbul bagaimana adik ini ingin menyara dan fokus kepada pembelajaran jika sudah berkahwin pada umur muda. Jika dipandang dari aspek dan sudut agama, ianya adalah dibenarkan sama sekali kerana dapat menghindari maksiat. Apapun, kita patut puji sikap adik Syafiq yang berani ambil risiko dan mendirikan rumah tangga walaupun umur  masih mentah.




Sumber: Perkahwinan Syafiq (16 Tahun) Dan Yana (14 Tahun) Luar Biasa | melvister.com 

Resepi puding karamel

RESEPI PUDING  KARAMEL


sementara korang tunggu berbuka puasa tu... kurang2 la buat pekara yang mengerangkan pahala.

mai sini , cuba resepi ni... kalo girl yang buat... untung la bakal suami nanti..kalo boys yang buat, alamatnya bini goyang kaki la nanti...hahahaha

puding ni, kalo nak lebih menarik , latak la dalam acuan love ke, petak ke, bulat ke, bujur ke.. pastu letak cherry ke, strawbery ke..baru la teliur sesiapa yang melihatnya..peerrggh..!teliur aku


 

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je


kelebihan bulan ramadhan




 Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-




1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.


2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.


3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.


4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.


5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.


6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.


7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.


8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.


9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.


10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.


11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Biografi


1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.


2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani


3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi. 

GATHERING BLOGGER BLOGGER

hoollaaaa....

korang buat pew bulan bulan puasa ni..
aku mcam biasa jew,  skang tengah buat short corz...n petang kerja la...
pergh... x penat la plak..dalam pada masa yang sama student ..dalam pada masa yang sama kerja..

nak tanya ni... ANDA NAK JOIN X SAYA BUAT GATHERING      BLOGGER ? 


ADA SAPA SAPA NAK JOIN?

sila beri maklum balas k..

lokasi : tasik seksyen 7 shah alam

kalo boleh nak berbuka sama2 ngan korang.. ok x

bila malam aku layan je movie ni...korang dah tgok kew? sila sila la download..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...