HOME AWARD FACEBOOK
backlink

RAKYAT jelata

resepi char kuew teow -padang kota


 

Bahan-bahan ( untuk seorang sekali masak )

  • seulas bawang putih (dilenyek) secamca minyak masak 3-4 ekor udang basah isi kerang (direbus) taugeh (ikut citarasa) suku cawan air 6 sudu sos kicap char kuey teow (seeloknya sos char kuey teow cap otaku) sebiji telur kuey teow segenggam (jgn lebih.utk se
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

panaskan minya,tumis bawang sehingga naik bau.kemudian masukkan udang tadi goreng sehingga agak masak.kemudian itu masukkan sos char kuey teow mengikut sukatan yg di beri di atas td.selepas itu masukkan air suku cawan dan tunggu sehingga air mendidih dia atas kuali.masukkan pula kerang rebus mengikut sukatan citarasa anda.kemudian masukkan char kuey teow,dan tunggu sebentar sehingga agak kembang.masukkan taugeh dan pecahkan telur.(semasa masukkan telur,api terus dimatikan dan kacau telur itu dengan ramuan yang lain) char kuey teow 5 minit sudah siap untuk menjamu selera anda! perlu diingatkan bahawa sos char kuey teow yg ada dipasaran kebanyakkannya sudah masin jadi garam dan ajinomoto tidak diperlukan sama sekali!

sazzy falak mengandung anak kembar ?


Okay. Sebenarnya ada dua versi kisah kandungan Sazzy Falak ini terbit di’internet sejak awal Oktober lalu.
Versi pertama yang keluar pada 4 Oktober lalu melalui Geng POTPET yang mendakwa beliau terserempak dengan Sazzy Falak & perbualan mereka tersasar ke hal rumah tangga selebriti ini bersama Nazril Idrus.

Wajah pasangan bahagia yang semakin berseri-seri itu di’dakwa berpunca dari berita baik yang Sazzy Falak kini sedang mengandung — kembar.

Versi terbaru yang di’bawakan oleh KOSMO! hari ini hanya menyatakan secara am kisah kandungan Sazzy Falak ini tanpa menyebut tentang kembar.
Namun, kedua-dua versi ini tidak menyebut berapa lama usia kandungan Sazzy Falak. Tahniah buat pasangan Sazzy Falak & Nazril Idrus jika benar perkhabaran dua sumber ini.

Di sebalik tabir blog

segmen : ben ashaari datang lagi

sapa -sapa nak join , p kat blog abg ben ya

pic masa raya aku ..jangan ejek taw hehehe


  1. aku duduk kat tapah ,perak
  2. umur aku nak masuk 21 tahun....
  3. otw nak sambung degree ..tp tak taw lg nak p s.alam ke melaka???
  4. hobi aku...ngorat aweks...hahaha xlah..hobi aku memancing
  5. masa lapang , aku akn joging n p gym
  6. insyaallah ujung tahun ni aku kawen...hahaha
JUMLAH : follower 635
kalo aku xda blog, aku akan maen FB, bukak Utube n buang masa je la kat depan laptop

bagi aku, blog ni satu diari yang kita boleh kongsi dengan orang luar mengenai pendapat dan aktiviti hidup kita, tapi yang umum je lah. yang secret x payah la gatai -gatai p cerita 
kan ..kan...

blog feveret aku :
benashaari.com
zackkhuhairi
irinemarcelo
darkbatman.com

n semua blogger bloger otai...huhuhu

 salam perkenalan semua...


review filem Sini ada hantu

FILEM: Sini Ada Hantu
PENGARAH: James Lee
PELAKON: Alvin Wong, Baki Zainal, Ramasundran, Fasha Sandha,Qhaud AF, Eira Syazira, Sufian Mohamed, Beto Khushairi, Pete Teo, Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Taiyuddin Bakar, Chommat Samad
PENERBIT: Tayangan Unggul dan Double Vission
GENRE: Komedi Seram
Klasifikasi: PG13
Mula Tayangan: 10 FEBRUARI 2011


Ulasan Penuh
Filem bergenre komedi seram yang diarahkan oleh pengarah, James Lee telah menggabung tiga cerita hantu Malaysia dari kisah-kisah hantu yang biasa didengar dalam setiap kaum di Malaysia. Tiga cerita hantu itu adalah Hantu Pokok Pisang (Hantu Melayu), Hantu Nombor Ekor (Hantu Cina) dan Hantu Asrama (Hantu Tentera Jepun).

Selain menerapkan konsep 1 Malaysia dalam kisah-kisah hantunya, James juga menerapkan unsur perpaduan kaum menerusi barisan pelakon-pelakonnya. Pada permulaan babak filem seram kedua garapan pengarah, James ini sahaja sudah menunjukkan penyatuan kaum antara Melayu, Cina dan India apabila menampilkan tiga pelakon yang dibintangi oleh Baki Zainal, Alvin Wong dan Ramasundran yang bekerja dalam satu tempat.
Tidak banyak kejutan yang berlaku dalam filem komedi seram ini tetapi apa yang membuatkan ia seperti filem seram lain adalah teknik bunyi atau Dolby Sound yang digunakan. Sedikit sebanyak kesan sistem bunyi itu memberi impak seram kepada penonton.

Biarpun impak seramnya tidak mendalam namun pengarah cuba juga menonjolkan kesan seram itu dalam filem ini menerusi jalan ceritanya yang suspen ditambah dengan teknik CGI (computer generated imagery) menerusi ketiga-tiga kisah siri hantu berkenaan supaya ia nampak lebih menggerunkan. Namun, bagi penulis tahap seram yang ditonjolkan dalam filem ini agak terlalu ringan dan ia mungkin kurang memberikan kepuasan kepada mereka yang benar-benar meminati filem berbentuk horror.

Malah, penonton lebih banyak ketawa daripada menjerit oleh gelagat dan aksi lucu yang ditampilkan ketiga-tiga pelakon utamanya iaitu Alvin, Baki, dan Ramasundran. Wajah Alvin yang selamber itu mudah buat penonton ketawa, begitu juga dengan Baki yang lebih menonjolkan idea yang fresh untuk melawak dengan cara yang berbeza dengan pelawak lain yang sedia ada.

Biarpun filem ini banyak menampilkan pelakon-pelakon Melayu dan Cina yang tidak begitu popular dan tidak pernah beraksi di layar perak, namun bakat lakonan mereka nyata sama hebat dengan pelakon-pelakon filem yang sudah established. Malah mesej dan lawak yang hendak disampaikan juga mudah diterima penonton.
Apa yang pasti, penampilan istimewa pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha sebagai Hantu Pokok Pisang telah mencantikkan filem ini. Fasha yang hanya muncul dalam beberapa minit itu tampil dengan gaya yang sangat menggoda.

Namun mungkin penonton agak sedikit hampa kerana dia dibiarkan tanpa berbicara apa-apa dialog dalam filem ini. Malah kemunculannya hanya sebagai penyeri filem ini. Selain tampil cantik, Fasha juga akan berubah menjadi sangat hodoh dengan mekap dan teknik CGI yang ketara ketika dia menyerang mangsanya.
Selain itu, filem ini juga banyak menerapkan unsur pengajaran yang sangat jelas terutama dalam kisah Hantu Nombor Ekor. Kisah ini mengisahkan mengenai kaum Cina yang hidup susah dan bergantung pada nombor ekor untuk hidup senang. Namun ia menjadi pengajaran selepas mereka semua yang meminta pertolongan roh untuk mendapatkan nombor ekor itu telah mati seorang demi seorang.

Secara ringkas, filem kelima Astro Shaw Sdn Bhd yang dihasilkan dengan usahasama Double Vision Sdn Bhd ini mengisahkan tentang dua rakan sekerja yang dikehendaki menghantar sebuah keranda secara mengejut ke sebuah kampung.

Dalam perjalanan menghantar keranda tersebut, mereka bercerita dan membuat perbandingan tentang kepercayaan hantu masing-masing. Tanpa disedari cerita mereka telah didengari oleh makhluk halus sepanjang perjalanan tersebut.
Untuk mengetahui kesudahannya, saksikan Sini Ada Hantu yang akan ditayangkan di 54 pawagam di seluruh negara bermula hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...